Followers

Tuesday, August 7, 2012

Dakwah Itu Fleksibel

Salam alaik dan selamat sejahtera.

Apakah yang kita fikirkan apabila kita berbicara mengenai orang Asli?

Mungkin yang akan terlintas dalam fikiran kita ialah sekumpulan manusia yang duduk di dalam hutan, memakai cawat, duduk di rumah bulu dan pelbagai persepsi lain. Dalam fikiran kita, seakan sudah diletakkan satu "mind set" yang orang asli ialah golongan yang tidak bertamadun. Mesti kita pernah terfikir begitu bukan?

Ya, itulah persepi kita kebanyakannya. Tak kata semua tetapi kebanyakan daripada kita. Tetapi, pada hakikatnya mereka tidaklah seperti apa yang kita sangkakan. Malahan, mungkin boleh dikatakan yang mereka itu lebih berbudi bahasa dan beradab berbanding segelintir dalam kalangan masyarakat kita.

Kebanyakan orang asli di pos bersih 3 adalah Atheis. Ada juga mereka yang Kristian dan juga Islam. Tetapi apa yang dapat disimpulkan ialah walaupun mereka beragama Kristian mahupun Kristian, daya sensitiviti untuk mengamalkan penghayatan beragama itu kurang ataupun tiada. Mereka hanyalah beragama sekadar pada nama sahaja.

Jadinya, itulah cabaran kepada para pendakwah. Perlu diingat, mereka bukan golongan yang boleh didakwah dengan cara biasa seperti di bandar-bandar tetapi mereka ialah satu golongan yang naif. Jadi, tidak hairanlah jika ramai daripada mereka yag beragama Kristian kerana para mubaligh Kristian lebih komited dalam 'berdakwah" berbanding para pendakwah Islam. Apabila ditanya kepada penduduk, mereka mengatakan pendakwah Islam tidak selalu datang ke tempat mereka dan cara mereka berdakwah itu kurang sesuai kepada mereka berbanding para mubaligh Kristian.

Nah! Ini cabarannya!

Kita tidak boleh mengajar seaorang bayi untuk terus bersolat sdangkan mereka masih tidak mengetahui apa-apa lagi. Begitu juga untuk disamakan dengan masyarakat orang asli ini. Tak kan kita mahu menyuruh mereka terus berpuasa sedangkan asas yang kukuh belum kita bina dalam diri mereka?

Jadi, bagaimanakah cara yang berkesan ntuk berdakwah kepada mereka?

Mudah sahaja. Tunjukkan sahaja qudwah hasanah dan ikutlah resmi mereka. Sasaran dakwah kita yang sebenarnya ialah golongan anak-anak yang bakal memebsar. Mereka itulah yang seharusnya dibajai rapi kerana pada umur mereka, mereka berada dalam peringkat memerhati dan mengikuti. Bukankah begitu jua yang dilakukan Rasulullah S.A.W terhadap penduduk Thaif?

Dalam menghayai\ti kehidupan seharian orang asli, mereka gemar akan hiburan. Jangan terkejut jika mereka mampu menyanyi dengan baik lagu lagu penyanyi terkenal. Itulah kelebihan mereka yang seharusnya dijadikan modal untuk kita mendekati mereka. Mungkin cara pembelajaran  biasa tidak sesuai untuk mereka, maka tukarlah kepada cara pembelajaran yang berorirentasikan hiburan.

Kita sebagai orang yang berilmu, seharusnya mempunyai kemampuan untuk bersikap fleksibel dalam berdakwah,. Jika tidak boleh cara A, maka tukarlah kepada cara B. Jangan anggap maduu' kita mempunyai asas yang sama seeprti kita. Lain orang lain ragamnya.

Jangan salahkan pihak Kristian, jika proses kristianisasi berjalan lancar. Tetapi salahkan diri kita sendiri kerana kurang mejalankan proses Islami.

Jangan jadi seperti marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar!

*


5 comments:

Hikaru Yui said...

tp itulah... org kristian tu snang nak dekat dgn mereka sbb dapat makan cara mereka, hidup dgn cara mereka, pakai cara mereka, dsb...

sbb tu pendakwah islam nampak mcm ada sikit kesukaran kat situ dan ada yg give up...

cadangan?

Maryam Hanani Abdul Razak said...

salam dr! atau mungkin..tok batin? hehe jangan marah.terasa cepat btul ms berlalu.

betul la tu.ni la tugas kita sbg umat islam.insyaAllah peluang utk tarik org asli yg beragama lain tu msh lg cerah.apatah lg yg ateis. islam itukan agama fitrah :) yg penting kne selalu follow up.

Dr. Syaef said...

@hikaru: just perlukan pendakwah yang komited sahaja. :)

@nani: wah, camne jumpa blog ni?

Maryam Hanani Abdul Razak said...

sudah gaharu cendana pula.kan ada komen kat blog nani :D

Dr. Syaef said...

haha lol.

memang check betul betul ye!

cepat tulis entri~