Followers

Tuesday, September 11, 2012

Ambil medik, apakah yang anda cari?

Salam alaik. 

"Ambil Medik, apakah yang anda cari?"

Tiruan ayat yang diolahkan sedikit daripada karya A. Fuadi dalam novel 5 Menara ini sememangnya satu persoalan besar bagi mereka yang mahu mengambil medik sebagai pilihan mereka. Sememangnya, kadang kala agak sukar untuk menjelaskan apakah matlamat kita dalam mengambil medik. Setiap orang pastinya berbeza pendapat.

Jadi, berbalik kepada persoalan "Ambil Medik, apakah yang anda cari?"

*
Apabila ditanya kepada golongan ibu bapa, mengapakah mereka mahukan anak-anak mereka jadi seorang doktor, kebanyakkannya berkata

"doktor senang dapat kerja",

 "gaji doktor tinggi", 

"Nanti boleh rawat ibu bapa sendiri" dan berbagai jawapan lagi

Tekanan dan harapan yang tinggi oleh ibu bapa kadang-kadang boleh memberi tekanan kepada sang anak. Mungkin, sang anak tidak berminat untuk menjadi seorang doktor, tetapi demi tidak menghampakan harapan si ibu bapa, maka digagahkan jua. Lihat, sudah hilangnya satu keseronokan dalam belajar medik.

"Medik ialah perkara yang tidak boleh dipaksa, dan perlu lahirnya minat untuk mendalaminya"

Namun begitu, minat boleh dipupuk. Keterpaksaan boleh ditukarkan menjadi kesukaan. Hanya diri yang menjadi penentu sama ada suka atau tidak.

Akan tetapi, minat sahaja tidak mencukupi. Minat hanyalah beberapa peratus sahaja dalam menentukan kelangsungan kejayaan dalam medik. Perkara paling penting ialah Usaha, Usaha & Usaha!  Mengapakah usaha sangat penting jika dibandingkan dengan kepandaian dan minat?

Medik ialah satu bidang yang memerlukan usaha berterusan. Sesiapa yang rajin dan bersungguh-sungguh, dia akan dapat. Maka, yang malas malas walaupun genius, hanya mampu jadi seorang yang biasa dalam medik. Medik bukanlah Math atau Fizik yang memerlukan kekuatan otak kiri tetapi medik adalah ingat dan mengingat yang menggunakan otak kanan!

Adalah perkara biasa untuk mendengar seseorang yang biasa biasa sahaja spm nya, tetapi keputusan exam medik dia hebat dan meletup setiap tahun! Terlalu biasa dan bukannya satu perkara yang aneh. Jadi, apa kata kuncinya? Usaha!

*
Berpatah kembali kepada persoalan asal "Ambil medik, apa yang anda cari?", itu adalah satu persoalan umum yang mungkin berbeza bagi setiap orang. Bergantung kepada niat masing-masing.

"Aku ambil medik sebab nak jadi doktor. Bolehlah aku jaga ibu bapa aku nanti"

"Aku ambil medik sebab ikutkan pilihan hati ibu bapa"

"Aku ambil medik sebab memang betul betul minat"

"Aku ambil medik sebab lepas dah grad nanti, nak buka klinik. Kaya~"

Dan berbagai-bagai lagi jawapan. Sekali lagi, bergantung kepada diri-diri masing. Ada yang dengan rela, ada juga yang dalam keadaan terpaksa. Situasi setiap orang tidak sama bukan? :)

Tiada jawapan yang khusus dapat diberikan kerana jawapan soalan tersebut adalah bergantung kepada apa yang anda lalui semasa belajar medik nanti! Maka, masa belajar itu sendiri adalah proses mencari jawapan.

"Jawapan itu datangnya daripada diri sendiri dan ianya diperolehi daripada proses belajar itu sendiri"

*
Jika tanpa rela kita mengambil medik dan tidak suka, mari tukarkan perasaan tidak suka itu kepada perasaan suka! InsyaAllah.

"Ambil medik, apakah yang anda cari?"

"Medik sama seperti sebuah jalan yang panjang dan dipenuhi orang. Dan setiap orang mempunyai tujuan yang berbeza"


2 comments:

Hikaru Yui said...

seriusly aku xdak jawapan utk soalan ni =p

Anonymous said...

realitinya..menjadi seorg doktor memang bnyk pahalanya..jika dilakukan dgn niat utk mndapat rahmat Allah..dan realitinya jugak..ada harga yg terpaksa dkorbankan..tmsuklah life sndiri..yg kdg2 x seperti org lain..ada pergorbanan yg harus dlakukan kerana meraih syurga itu seperti meniti di atas sehelai rambut seperti kata nabi..hidup dalam realiti kdg2 sgt pahit.