Followers

Tuesday, December 24, 2013

Family ZAP


Salam Alaik.


(Seloka Family ZAP 4th Batch 2012/2013)

Sirih berlipat pinang,
Sirih dimakan si anak dara,
Salam sejahtera selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

ZAP 4th Batch nama kami,
Membantu orang tugas diberi,
3 putera 11 puteri,
Bekerja dalam suasana gembira & harmoni.

Ketua panelis jawatan diberi,
Tugas dilaksana penuh dedikasi,
Syaufiq , nama diberi,
Apabila memasak, hebat sekali.

Diyana nama diberi,
Disiplin tinggi, pintar disegani,
Sikapnya tegas sekali,
Pemikir yang mempunyai visi.

Senyum dan tawa pengenalan diri,
Orangnya ceria aktif sekali,
Ala jepun nama panggilan diberi,
Siapa lagi kalau bukan si Meiji.

Berkaca mata segak sekali,
Penerangan bernas sangat dikagumi,
Merangkumi fakta & isi,
Itulah Wawan, bakat tersembunyi.

Gegak gembira tiba tiba,
Sudah tahu empunya suara,
Positif walaupun hiba,
Itulah Arina, memang juara.

Sudah bersuami bahagia sekali,
K Muni, penulis novel disegani,
Membuat kerja komited sekali,
Sememangnya layak jadi idola kami.

Subjek Pharmacology amanah diberi,
Tugas dilaksana dengan besar hati,
Kerja berjalan tak pernah henti,
Itulah Fahana, panelis dihormati.

Sentiasa berjumpa HOD tak kira masa,
Bertanya info yang masuk periksa,
Pemberi semangat apabila kecewa,
K Ji, itulah namanya.

Orangnya manis berkarisma sekali,
Panelis Parasite tugas diberi,
Melaksanakan tugas tanpa henti,
Ira, nama panggilan diri.

Mudah tersenyum meleret ke tepi,
Telatahnya mencuit hati,
Najwa memang baik hati,
Panelis yang berdedikasi.

Tinggal di Kedah, jelapang padi,
Orangnya kecil aktif sekali,
Pemberi kritik yang kritis sekali,
Mariati nama diberi.

Panelis Microb tugas diberi,
Jalankan tugas macam Perdana Menteri,
Mudah tersenyum ceria sekali,
Afrah, namanya diberi.

Orangnya kecil, tenang sentiasa,
Ceria, dedikasi adalah sikapnya,
Ahya diberi nama,
K Ya pula gelaran dirinya.

Orangnya tinggi, kacak sekali,
Komputer & laptop mainan diri,
Tugas grafik amanah diberi,
Bean, nama panggilan oleh kami.

Berakhir disini coretan memori,
Setahun bekerja macam famili,
Segala salah harap diampuni,
Jadikan tatapan di masa hadapan nanti.

.
.
.
Akan sentiasa dalam kenangan :)

Terima Kasih

:)
 

Saturday, November 23, 2013

Luahan Rasa




Salam Alaik.


*

Pengalaman mematangkan.

Yang penting perlu cool sahaja.

Sudah macam 'noticeable".

Sekarang, Allah yang menentukan.

Relaks.

Allah sentiasa ada.

Jangan gelabah.

Jangan risau.

Dia tahu apa dalam hati kita.

Dia jua yang membolak balikkan hati kita.

Maka, sabar.

Tak semua mudah diperolehi.

Perlu adanya cabaran.

Supaya hasilnya manis tak terkata.

Itulah.

Kadang kadang, kata kata hanya sekadar retorik sahaja.

Laju di bibir tetapi liat di hati.
Cukup.
Lakukan tugas kita,
Yang selebihnya
Tuhan itu ada.

:)


Saturday, October 5, 2013

Flashback

Salam Alaik


.
.
.
.


.
.

Satu benda yang kerap teringat sampai sekarang.

Well.

Life must go on

:)

Monday, September 16, 2013

Cerita Peterpan




Salam Alaik.



Kenal siapa di atas?

Peterpan.

Zaman kanak-kanak kita pernah dihiasi oleh watak kartun ini di televisyen.

Ingat lagi tentang  Peterpan? Seorang remaja lelaki yang berbaju hijau tak akan tua. Ingat lagi tentang Neverland? Dunia fantasi dalam cerita Peterpan dimana di dunia itu sentiasa kekal muda, hijau dan sangat menarik. Ianya dunia yang tak akan mati (mengikut dalam cerita). Dunia yang penuh warna-warni dan variasi. Senang cerita, tempat yang sempurna untuk kanak-kanak.

Dunia kanak-kanak memang indah. Kita tak perlu fikir apa-apa sangat. Kita ketawa dengan gigi yang rongak pun,orang tetap kata kita comel dan kiut. Orang hanya nampak yang sempurna tentang diri kita pada ketika itu.

Kita pergi ke sekolah, belajar , berkawan. Semuanya gembira dan manis saja. Balik sekolah, terus bermain dengan rakan-rakan. Tiada apa lagi yang kita fikirkan. Tak perlu nak fikir pasal kehidupan lagi masa itu. Sebab,orang lain yang fikir untuk diri kita. Zaman kanak-kanak memang mudah kan? kalau penat,terus tidur. Kalau jatuh,kita nangis. Kemudiannya, ada orang yang yang akan angkat dan dukung kita kembali. Segalanya mudah dan enjoy.Macam Peterpan yang sentiasa happy go lucky!.

Tapi, Neverland tidak wujud. Kita membesar seiring dengan perkembangan masa.  Kalau dahulu,kita hingus meleleh pun,ibu bapa kita yang tolong lapkan, tapi kini semuanya dah berubah. semuanya kena buat sendiri. yelah, tak akanlah nak suruh lagi ibu bapa kita tolong lapkan hingus kita? Betul tak?

Begitu pantas masa meninggalkan kita,sepantas bullet train meluncur laju di landasan kereta api. Sampai kita sendiri pun tidak sedar yang kita dah lama tinggalkan dunia “Neverland” kita. Kadang-kadang,dalam benak fikiran kita akan terlintas,

“ Cepatnya masa berlalu. Kejap je aku dah besar. Dah nak fly oversea dah”

"Dah masuk tahun ke 4 dah aku belajar medik"

"Pejam pejam celik, dah habis degree aku. Lepas ni kena masuk alam kerja pula"


 Ya. Memang tak dapat dinafikan kita akan sentiasa untuk terfikir begitu seiring dengan kematangan diri kita.

Dunia dewasa pula memang sangat kompleks.Penuh dengan persoalan dan masalah. Masalah sentiasa datang . Selesai satu masalah,datang satu masalah lain. Ianya proses yang tak akan berhenti selagilah kita pejam mata kita selama-selamanya. kadang-kadang, masalah tu datang sekaligus. Kita jadi tension dan tension. Mulalah ada persoalan,

“Mengapa ada masalah je ni? tak senang hidup aku!”
Akan tetapi masalah adalah untuk dihadapi bukan untuk melarikan diri. Kematangan diperolehi daripada pengalaman kita melalui situasi seperti ini.Sebab itu,tahap kematangan seseorang berbeza. Hidup adalah menegenai ke hadapan, hadapan dan hadapan. Tidak ke belakang. Masa yang berlalu tidak boleh diputar kembali.

‘Aku nak jadi kanak-kanak selama-selamanya”

“Aku belum bersedia jadi seorang dewasa”

Sememangnya, kadang-kadang kita akan terfikir begitu. Tak mahu jadi besar untuk selama-lamanya. Seperti Peterpan yang tidak akan tua. sentiasa kekal muda. Tapi,sudah sunnatullah. Yang kecil akan menjadi besar. Yang muda akan menjadi tua. Ianya hukum alam yang tak boleh disangkal lagi.

Satu babak dalam Peterpan, yang Mungkin boleh mengajar kita ialah ketika Peterpan jumpa Wendy yang dah besar. Bukan kanak-kanak lagi. Peterpan terkejut.

“Mengapa aku masih begini.sedangkan orang lain sudah berubah”

Itu yang sepatutnya Peterpan cakap. kita perlu berubah. Berubah daripada aspek apa? 

Kematangan! 

Ya, kita perlu menjadi matang. Hidup bukan hanya mengenai dunia penuh warna-warni zaman kanak-kanak. tetapi,lebih daripada itu.

Peterpan sentiasa wujud dalam minda kita. Tapi,mana dia pergi? 

Ianya sebuah memori yang akan membantu kita dalam maju kehadapan. Sudah sampainya masanya, kita ucapkan selamat tinggal kepada Peterpan dan Neverland. 

We have to grow up!

 Hidup kita Mungkin tidak berubah, tetapi ujian yang datang dalam bentuk tekanan,kesibukan,kebahagiaan, kekecewaan ataupun kegembiraan yang membuatkan kita nampak berbeza dari zaman kanak-kanak kita. Daripada berusaha untuk menjadi kanak-kanak sentiasa,lebih baik kita berusaha untuk menjadi seorang dewasa. 



 .
.
.

"Selamat Tinggal Peterpan!"


Friday, August 2, 2013

Love Story





Salam Alaik.

Sudah jadi lumrah manusia untuk hidup berpasangan. Kumbang tertarikd dengan si bunga. Lelaki tertaik dengan sang wanita. Itulah lumrah alam yang sudah sekian lama ada di dunia ini. Malahan sejak zaman Nabi Adam lagi. Sudah azali yang lelaki memerlukan wanita dalam hidupnya. Atas sebab itulah, Hawa dicipta untuk berdampingan Adam di syurga.

And the rest is history.

Lelaki.

Wanita.

Dua ciptaan Tuhan yang seakan sama. Tetapi sangat berbeza. Berbeza daripada pelbagai aspek. Ibarat langit dan bumi bezanya. Ini adalah hakikat yang tidak dapat disangkal. Dalam kehidupan seharian kita sendiri pun, kita dapat merasakan perbezaan ketara antara lelaki & perempuan.

Contohnya

Lelaki adalah jenis "kurang" faham akan bahasa kiasan. Sedangkan bagi perempuan "meminta secara kiasan" itu adalah satu skil bagi mereka. Jika tidak faham akan perbezaan ini, maka maksud sebenar sesuatu pernyataan itu tidak sampai maksudnya.

"Abang, cantik tak Iphone 5 tu?' tanya si isteri.

"Entah. Cantik la kot" jawab si suami pula.

Dan ini merupakan salah satu contoh kepada perbezaan ketara komunikasi antara lelaki dan perempuan. Ketika para lelaki lebih bersifat "direct" dalam komunikasi mereka tetapi para wanita menggunakan skil "kiasan" dalam komunikasi mereka. Seperti yang dirujuk kepada dialog di atas, si isteri sebenarnya mahukan si suami dia membeli Iphone 5 untuk dia. Nah, nampak jelas bukan perbezaan maksud ayatnya.

Dan banyak lagi perbezaan antara lelaki & perempuan untuk dihuraikan. Terlalu banyak & kadangkala sangat kompleks. Kegagalan memahami perbezaan lelaki & perempuan inilah yang menyebabkan kepada salah faham yang besar antara lelaki & perempuan dalam pelbagai situasi kehidupan.

First rule of all,

Lelaki & Wanita itu adalah ciptaan yang sama tetapi mempunyai ciptaan yang berbeza.

*


 "Hydrogen gas Before the two atoms of hydrogen share the same electron to make 'H2', each of them needs to be near to each other. The nuclei of one of the hydrogen atoms will be attracted to the electron density of the other hydrogen atom and vice versa. However, at the same time, the nucleus from both the atoms will try to repel each other as far as possible. At the end, the two hydrogen atoms can share two electrons to form hydrogen gas"

Ini ialah konsep bagaimana Hydrogen Gas terjadi secara saintifiknya. Tetapi yang menariknya ialah daripada konsep saintifik ini kita boleh aplikasikan kepada hubungan lelaki & perempuan secara Islamik.

Kita gunakan analogi dalam memahami perkaitan konsep Hydrogen gas ini dengan hubungan lelaki & perempuan. Zaquan & Aimi.

Zaquan,seorang lelaki tertarik dengan seorang wanita bernama, Aimi. Lumrah alam, Zaquan akan cuba untuk mendekati seberapa boleh Aimi bagi mendapatkan wanita idamannya itu. Untung badan, dalamd\ diam Aimi turut menyukai Zaquan. Ibarat magnet, Zaquan & Aimi saling tertarik. Dan terjadilah satu "bond' antara Zaquan & Aimi ibarat Covalent Bond yang terdapat dalam gas Hydrogen.

Dalam gas Hyrdogen gas sendiri, terdapat dua jenis Force, Attraction Force & Repulsive Force.
Attraction Force dimana dua atom Hyrdogen akan cuba menarik satu sama lain untuk menghasilkan Covalent Bond antara mereka. Tetapi pada masa yang sama juga, atom atom ini akan menghasilkan satu force dikenali sebagai Repulsive Force yang cuba menolak atommatom ini daripada menghasilkan covalent bond.

Apakah Repulsive Force dalam perhubungan lelaki & wanita?

Mudah. Repulsive Force dapat dianalogikan kepada iman ataupun malu lelaki atau wanita itu. Repulsive Force inilah yang menjaga jarak perhubungan antara lelaki dan wanita itu. Jarak yang menepati batas syarie dan tidak melebih lebih mengikut nafsu. Makin kuat Repulsive Force yang terdapat dalam diri seseorang itu, makin berdaya tahan seseorang itu dalam mengawal dirinya.

Tetapi bagaimanakah jika Attraction Force terlalu kurang manakala Repulsive Force terlebih?

Inilah yang dinamakan jodoh. Sekuat manapun Repulsive Force atom hyrdogen it, sudah ditetapkan Allah yang atom atom hyrdogen ini tetap akan menghasilkan Covalent Bond seterusnya menghasilkan gas Hyrdogen.

Menarik bukan?

*
Umur remaja orang kata adalah umur darah muda. Sentiasa mahu mencuba sesuatu perkara yang baru. Kalau berjaya dikawal dengan baik keinginan mencuba ini, sangat baik hasilnya. Ya, salah contoh perkara yang ingin dicuba ialah bercinta. Menyukai & disukai oleh makhluk berlainan jantina.

Salahkah ada perasaan menyukai & disukai itu?

Menyukai & disukai seakan sama. Tetapi sangat berbeza maknanya. Menyukai merupakan satu perasaan yang lahir daripada kita tetapi disukai adalah perasaan yang datang daripada orang lain terhadap diri kita. Mana yang lebih baik?

Secara kasarnya, sudah pasti disukai itu lebih baik kerana kita dapat tahu ada orang yang menaruh harapan kepada kita. Jadi, kemungkinan untuk kita tidak bertepuk tangan itu tiada. Yang tinggal sama ada kita suka atau tidak.

Tetapi, jika difikir secara lebih mendalam , perbuatan kita menyukai seseorang tanpa orang itu tahu meyukai kita juga boleh memberikan kesan yang positif jika berjaya diuruskan dengan baik. Bagaimanakah caranya? Mudah cerita, kita kebiasaannya suka akan seseorang yang lebih baik daripada kita. Yang lebih dirinya daripada kita. Itulah ialah norma yang ada dalam diri kita. Mahukan seseorang yang lebih baik daripada kita untuk dijadikan teman hidup. Nah, jadi bagaimanakah?

Mudah.

Kita boleh jadikan "menyukai" itu sebagai batu loncatan untuk kita mengubahkan diri kita lebih baik dan maju ke hadapan. Berubah yang buruk kepada baik dan berubah daripada baik kepada yang lebih baik. Jadikan perasaan kita menyukai seseorang itu sebagai salah satu cara untuk kita melengkapkan diri lagi agar setanding dengan orang yang kita suka. Walaupun pada mulanya kita mungkin berubah kerana manusia, tetapi lama kelamaan niat kita berubah itu akan kerana redha-Nya.

Tak salah menyukai ataupun disukai. Yang mungkin jadi masalahnya ialah cara bagaimana kita bertindak balas terhadap situasi itu?

Fitrah bukannya perlu dihalang cuma perlu dikawal.

*

Meningkat dewasa, ramai antara kita mula berfikir soal kahwin. Soal hidup berpasangan sehidup semati. Mahu calon isteri atau suami yang begitu & begini. Yang pandai memasak, yang pandai mengemas, yang pandai segalanya mudah cerita. Kita mahukan calon yang sempurna. Langsung tiada cacat cela.

Tetapi kita terlupa perkara paling penting dalam keinginan kita untuk berkahwin itu? Bersediakah kita?

Ramai yang mahu berkahwin tetapi terlupa untuk memikir apa yang bakal ditempuhi selepas berkahwin. Soal kahwin bukanlah hanya tertumpu semasa berakad nikah sahaja & walimahnya, tetapi cabaran berkahwin yang sebenarnya datang selepas kita berakad nikah & berwalimah.

Bagi lelaki,perlu difikirkan bagaimanakah untuk menanggung isteri dan anak anak nanti? Kerana lelaki selepas berkahwin adalah mereka yang termasuk dalam kategori menanggung bukannya ditanggung lelaki. Jika dulu, kita hanya fikirkan diri kita sahaja tetapi selepas berkahwin kita perlu berfikir untuk orang laih juga. Memang berat & payah bagi mereka yang kurang bersedia. Sebab itu perlunya persediaan yang rapi & mentaliti yang betul. Sama juga halnya bagi perempuan. Sudahkan bersedia untuk mempunyai tanggungjawab tambahan yang wajib? Selepas berkahwin perlu memikirkan hal suami, anak-anak & macam macam lagi.

Nah, nampak seram bukan? Tetapi perlu mula sedar & bergerak. Generasi sekarang ialah generasi yang "berhutang". Selepas habis belajar nanti,perlu mula membayar segala macam jenis hutang. Hutang rumah, hutang kereta, hutang yuran pengajian & macam macam lagi. Sebab itu sudah perlu mula memikir & mempunyai plan hidup.

Perkara yang susah boleh dimudahkan jika kena caranya.

*
Bagaimanakah caranya jika kita menyukai seseorang itu?

Ianya berbeza bagi setiap orang bergantung kepada tahap kematangan seseorang itu. Mana mungkin semua orang mempunyai cara yang sama.Kalau begitulah gayanya, robotlah jawabnya.

Tuan empunya blog pernah mengalami perasaan menyukai & disukai. Dan juga pernah mengalami perasaan ditolak (reject). Haha. Apabila fikir balik, boleh ketawa dan lawak dibuatnya. Nampak sangat ketidakmatangannya ketika itu. Main semberono sahaja! Tetapi pengalaman mendewasakan. Kadang kadang betul juga kata pepatah "Pengalaman itu guru kehidupan".

Ibu & ayah.

Kadang kadang kita selalu terlepas pandang pandangan ibu & ayah kita. Kita lebih suka bertindak sendiri tanpa bertanyakan pendapat mereka. Jadi, mungkin adalah moleknya jika memberitahu ibu & ayah kita apa yang ada dalam perasaan kita & siapa yang kita sukai. Jika mereka kata okay, insyaAllah okaylah jawabnya.

Bukankah gembiranya kita apabila ibu & ayah bersetuju dengan pilihan kita?

Lepas itu bolehlah proceed langkah langkah seterusnya. Ynag penting mestilah mengikut syariat. Dalam mahu membina perkara yang halal, maka seharusnya kita lakukan dengan cara yang betul dan tidak bercampu dosa. Barulah nampak keberkatannya.

InsyaAllah.

Dan doa. Doa. Doa!

Dengan doa, kita boleh mengubah apa yang sudah tersurat untuk kita.

" Ya Allah, kau permudahkanlah jodoh aku dalam cara yang mudah & benar. Jika tidak, kau lapangkanlah hatiku & mudahkanlah aku untuk melupainya"

Contoh doa yang boleh diucapkan. Perlu ada pengharapan & perlu juga ada redha.

Amin.

*

Ya, post ini sangat panjang. Tetapi apa kisah. Haha. Bukan senang nak tulis panjang panjang.luls

Jumpa lagi!

:)


Thursday, August 1, 2013

Sekarang Ini!




Salam Alaik

Akhirya, setelah sekian lama tidak menulis, dapat juga gagahkan diri menulis. luls

*

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Itu sahaja yang mampu diucapkan setelah mendapat keputusan peperiksaan Final 3rd Year. Secara jujurnya sangat lega sebab berjaya naik ke Tahun 4. Tapi ada rasa kecewa sedikit sebab gagal capai target minima, Jayyid Jiddan.

Secara keseluruhannya berjaya mendapat Jayyid. Seperti jangkaan, Pathology & Pharmacology yang jadi "slack" sikit. Haha. Tapi tidak mengapalah. Jika dibandingkan dengan segelintir rakan rakan lain yang terpaksa menempuh peperiksaan Dhur Thani,terasa diri sangat bertuah. 

InsyaAllah, tahun depan kita buat lagi baik okay?

Dan, Tahun 3 ini sebenarnya mengajar erti apa belajar.

Untuk jadi yang terbaik?

Untuk kalahkan orang lain?

Rasanya tuan empunya blog sudah punyai jawapannya.

:)
*
Kesinambungan daripada result yang okay (tak cemerlang tapi baik), akhirnya boleh juga pulang ke Malaysia dengan hati yang senang. Pulang tanpa sebarang keraguan & kebimbangan. Barulah nikmat nak balik Malaysia/

Sebenarnya sudah lama survey tiket. Selepas habis exam lagi. Asyik buka web airlines untuk check harga tiket. Tapi itulah, tak berani nak pulang awal. Sebab takut takut kena reseat paper. Dah jadi kebiasaan yang memang akan menunggu result keluar dahulu sebelum beli tiket balik Malaysia. Dah 2 tahun buat begitu. Sejak daripada First Year lagi.

Dapat keputusan peperiksaan pada pagi Khamis, 12/7/2013, petang Khamis tu dah beli tiket balik. Haha. Memang semangat. Semangat nak guna kad kredit.

Oman Airlines- 3370 LE

Harga yang sangat berbaloi & boleh tahan murahlah untuk tiket yang on the spot belinya. Yeay!

Yada. Yada. Yadaaaaaaaa!

Sampai Malaysia pada 18/7/2013 pada pukul 12.45 petang.

Alhamdulillah!

:)

*
Sebenarnya rasa berat hati juga nak balik Malaysia memandangkan ramai juga yang kena reseat paper. Sebagai Ketua Panelis mestilah ada rasa bersalah. Lebih lebih lagi, hampir semua (semua act) balik Malaysia. Jadi, boleh katakan tidak ada panelis yang tinggal untuk bantu kawan kawan yang kena reseat paper. Yang tinggal pun Ira & Najwa, mereka pun akan balik Malaysia juga.

Nasib baik.

Ada juga yang tak balik. Jadi, tertubuhnyalah Skuad Cemerlang Dhur Thani & Ibnu Sina Class Project. Nak terangkan secara terperinci memang malaslah!

Apapun, mohon doa semua agar kawan kawan dipermudahkan urusan untuk menghadapi Dhur Thani yang bakal ditempuhi. Rabbi yassir wala tuassir.

Terima kasih, Azean!

*

Balik Malaysia memang best kalau masuk bab makanan. Tetapi ada juga side effectnya. 

Hachooom! Hachooom! Hachooom!

Haa. Memang asyik bersinlah balik Malaysia. Mungkin sebab makanan. Yelah, alergik dengan belacan. Apabila makan belacan secara berlebihan, memang boleh jadi bengkak matanya dan hidung pun berair sahaja. Aigoo.

Tapi bukan selalu bukan?

Jadi, belasah je lah!

*

Balik Malaysia je mesti laptop ada masalah. Dah macamperkara wajib pula balik Malaysia mesti kena pergi hantar baiki laptop. Ish.Balik Malaysia ini ada wishlistnya yang tersendiri. Harap harapnya bolehlah pulang ke Mesir dengan membeli tab. Haha. Dah survey dah. Tunggu duit jpa masuk je nanti.

Yeah, sebab terasa pentingnya untuk memeliki gadjet yang mudah untuk menjalankan tugas sebagai setiausaha. Haha. Alasan.

Tunggu!

*

InsyaAllah, 14/8 akan pergi ke Kelantan untuk datang majlis kahwin Hadi & Ahlam. Kemungkinan besar plannya naik kereta. Mungkin dalam 3-4 hari disana. Jalan jalan mana tempat yang best & termampu. Test power juga sebelum merancang nak ke Europe contohnya bila bila nanti. Yeay!

Harap harap apa yang dirancang berjalan dengan baik hendaknya.

InsyaAllah.

:)

*

Okay, setakat itu sahaja.

:)

Monday, July 15, 2013

Terbang Tinggi






Salam Alaik.

17/7/2013

InsyaAllah akan balik ke Malaysia pada tarikh ini dengan menaiki airlines Oman Air.

Alhamdulillah, diberikan rezeki untuk pulang lagi ke rumah selepas hampir 10 bulan meninggalkan keluarga.

Eceh.

Cerita pasal Oman Air, masih teringat lagi kisah 2 tahun lepas ketika hendak pulang semual ke Mesir selepas bercuti di Malaysia.

Kisah termiss flight.

Sungguh, masa itu sangat cuak & hilang kewarasan kejap. Haha

Stay di KLIA hampir lebih kurang 2 hari menunggu flight ke Mesir.

Pengalaman memang benda yang tidak dapat dinilaikan.

Dulu-dulu, masa kecil berangan nak naik kapal terbang. Yelah, bukannya daripada keluarga yang berada sangat.

Alhamdulillah, sekarang macam dah lali naik air plane tu.

Imbas kembali, banyak juga sudah kali naik flight.

Oman Air (KL-Muscat) Sep 2010

Gulf Air (Muscat-Manama) Sep 2010

Gulf Air (Manama-Cairo) Sep 2010

Charlie TUDM (Cairo-Jeddah) Jan 2011

Saudi Arabian Airways (Jeddah-Singapore) Feb 2011

Gulf Air (KL-Cairo) Feb 2011

Oman Air (Cairo-KL) Ogos 2011

Oman Air (KL-Cairo) September 2011 (Miss flight)

Easyjet (Hurghada-Geneva) Jan 2012

Easyjet (Geneva-London) Jan 2012

Easyjet (London-Athens) Feb 2012

Olympus Air (Athens-Cairo) Feb 2012
(macam termakan Bacon semasa serve meal dalam flight. T.T)

Egypt Air (Cairo-KL) Julai 2012

Egypt Air (KL-Cairo) September 2012
(Terpaksa tukar tarikh sehingga kena RM 1000 denda)

Okay.

Memang tiada kerja.

Tak sabar nak balik tapi pada masa yang sama sedikit berat hati nak balik.

:')

Wednesday, July 10, 2013

Distance




Salam Alaik.

After all, there's always something/someone that we can't get at last.

There's always a distance between us & something we dream about.

A huge distance.

Really.

No matter how hard you dream it, it's just a fate.

Pain isn't it?

Yes.

A deep pain.

That you can't just express it.

Well.

I've predicted this.

 Reality is hard to accept.

That's why truth is something that someone wants to avoid it.

:')

No worry. Keep calm and just read the love letter from God.

He's the master plan after all.

Keep believing.

Improve yourself, & more to come. InsyaAllah

:)

Fikir-Fikir



Salam Alaik

(Apapun sebelum masuk ke isi, ini adalah entri ke-300 dalam blog ini. Fuh, tak sangka dah cecah 300 post. Yang ke-400 itu tak tahulah bila. Haha)

*

"Besar besar nanti, Afiq nak ada rumah besar. Nak ada kereta besar!"

Tanpa sedar, itulah yang pernah diucapkan semasa kecil kecil dahulu. Innocent kan? Yelah, budak kecil & tak matang lagi. Material adalah pengukur kepada kejayaan semasa besar nanti.  Tetapi meningkat dewasa, diri sendiri mula sedar yang status & material bukanlah penentu kepada kejayaan seseorang. Apatah lagi, penentu sama ada ke syurga atau neraka.

"Sesungguhnya, kita sendiri tidak faham apa yang sebenarnya diri kita mahu"

Dulu-dulu, semasa kecil (dalam lingkungan umur 5-8 tahun) pernah terfikir

"Aku nak jadi Power Rangers Merah. Sebab boleh selamatkan dunia daripada raksasa!"

"Aku nak ada bilik yang penuh dengan permainan. Ada set model kereta api. Ada komputer macam dalam cerita Ultraman"

Lawak apabila difikirkan balik. Tetapi itulah fikiran innocent kanak kanak berumur 5-8 tahun bernama Syaufiq Effendy.

Masa berlalu pergi. Umur pun kian meningkat. Fikiran pula bertukar corak

" Besar nanti mahu jadi Saintis. Macam best jadi saintis"
(Pernah cuba invent something)

"Besar nanti nak jadi Sasterawan"
(Masa Form 2 ada menulis 5 cerpen. Tapi sayangnya, semua dah hilang)

"Nanti nak jadi detektif. Boleh siasat penjahat"
(Terpengaruh dengan kepintaran Det. Conan. Always imagine myself being him)

" Nanti mahu jadi pelukis komik"
(Sudah melukis satu cerita yang bermuka surat lebih kurang 10 helai. Tetapi apabila tengok balik, serius buruk gaya lukisannya. End up tak hantar ke mana mana majalah)

"Mahu jadi Chef"
(Sudah masak lunch & dinner pada umur 10 tahun. Dan setiap kali ada peluang untuk memasak, mesti akan cuba resipi baru. Apabila dkira balik, pada umur 14 tahun, sudah ada 30 resipi sendiri. luls)
" TIDAK MAHU jadi doktor"
(Tak tahulah kenapa. Tetapi dulu sangat benci nak jadi doktor. Ibu & ayah asyik cakap je suruh jadi doktor. Mungkin berkat suruhan mereka, sekarang memang betul insyaAllah nak jadi doktor)
Kemudian terus meningkat dewasa lagi. Matang pun semakin bertambah. Corak pemikiran pun kian berubah. Sekarang sudah mula memikirkan benda benda yang lebih kompleks.

Kahwin
(Tipulah tak pernah fikir tentang kahwin)

Isteri
(Luls. Ciri ciri mungkin? Haha)

Kerjaya
(Apa langkah seterusnya selepas belajar. Apa nak buat)

Dan banyak lagi. Memang kalau disebutkan, lawak pun ada. Daripada seserius perkara sampailah kepada perkara kecil yang mungkin pada orang tak logik. Tetapi itulah. Manusia ini berbeza. Apa yang kita fikir tidak sama seperti orang lain fikir.

Begitulah hidup.

Memang Tuhan suruh kita fikir. Kalau tidak, tidak diberikan akal kepada kita. Sebab itu kita istimewa.

Skop bagaimanakah yang seharusnya kita fikirkan?

Terpulang. Setiap orang ada benda yang perlu mereka fikirkan. Tetapi, cubalah segala benda yang kita fikir itu, akan membawa kita kepada dimensi baru. Yang boleh mengubah kita kepada yang lebih baik.

InsyaAllah.

*

p/s: InsyaAllah, sempena bulan Ramadhan akan keluarkan entri setiap hari mengenai Ramadhan dibawah labels "Ramadhan 2013". Skopnya berbeza. Ada mungkin tazkirah & ada mungkin kenangan. Salah satu cara untuk menyemarakkan keserononokan Ramadhan. InsyaAllah :)

Ramadhan Kareem, Allahu Akram
(Ramadhan is Generous, Allah is More Generous)

Tuesday, July 9, 2013

Housemates







Salam alaik.

Baitul Imtiyaz.

Itulah nama rumah tuan empunya blog di Mesir. Baitul Imtiyaz ada 5 orang penghuni. Setiap orang, sebilik. Memang susah nak jumpa sekarang satu rumah ada 5 bilik. Kiranya kami ini kira special dan hebat lah. Bukan senang nak jumpa kan? Haha

Alkisahnya, bagaimanakah boleh berjumpa dengan housemates dan sepakat untuk tinggal bersama?

Actually, sebelum datang Mesir atau lebih awal sebelum datang orientasi dah merancang untuk tinggal bersama di Mesir. Siap buat group di Facebook lagi. Semangat bukan? Kiranya, memang dah ada perancangan yang rapi untuk hidup bersama di Mesir. Kalah Freemason.

Dulu, ahli Baitul Imtiyaz ada 6 orang. Syaufiq, Hanif, Hassan, Wan, Adiy & Shahir. Berjanji untuk tinggal serumah bersaMa 6 tahun sehingga habis belajar. Tapi apakan daya, Shahir bertukar angin ke China untuk mengambil Medik di sana. Di Universiti Xian Jiatong (entah betul ke tidak ejaannya).

Tinggal lah 5 orang sahaja meneruskan perjuangan di bumi Mesir.

Hanif

Hassan

Adiy

Wan

Syaufiq

Setiap orang perangainya berbeza. Ada sahaja karenah masing masing. Adatlah berselisih faham. Terpangkah sana sini. Tapi itulah. Nikmatnya berukhuwah kerana Allah. Eceh. Walaupun, tuan empunya blog sibuk dengan banyak hal sehingga banyak kali juga tiada berada di rumah. Tetapi, yang lain faham sahaja. Biasalah.

Mungkin sedar atau tidak, Baitul Imtiyaz ialah satu satunya rumah yang masih tidak berpecah ahlinya berpindah rumah berasingan. Kalau mahu pindah, pindah bersama. Berkat kesabaran, rumah 5 bilik yang memang tersangat sukar untuk dicari berjaya dicari walaupun terpaksa keluar daripada kawasan Salam. Ketika rakan rakan lain  di rumah lain sudah berpecah kerana mahukan bilik satu seorang. 

Kita datang bersama,
Kita pulang bersama.

Hampir 3 tahun bersama,
3 tahun lagi akan turut bersama.

InsyaAllah.

Makan makan sempena nak dekat bulan Ramadhan. Haha

Baitul Imtiyaz.

Walaupun nama agak skema dan sedikit kerek, tetapi ada apahal? Haha

Sunday, July 7, 2013

Koreksi


Dalam diam, dia menghela nafas lega. Kelihatan senyuman mula terukir di wajahnya. Seakan-akan satu ketenangan yang terus menerus datang dari entah mana asalnya. Petunjuk daripada Tuhan mungkin. Mindanya masih ligat berfikir. Masih cuba untuk memahami.

Memang benar cinta itu suci asalnya. Tapi apabila erti cinta itu disalah tafsirkan, jadilah ia hitam & kotor. Masih ada cinta yang suci & bersih. Lupakah manusia cinta kepada Yang Esa? Cinta kepada Kekasih-Nya? Lupakah? Kadang kadang, manusia lebih suka mengejar benda yang tidak pasti berbanding apa yang sudah dijanjikan dan menanti untuk mereka. Ibarat mengejar emas yang jauh berkilauan di hadapan berbanding sinaran perak ditangan. Manusia.

Azam masih belum mampu menamatkan senyumannya. Seakan-akan dia akan tersedar daripada satu lamunan yang panjang. Lamunan yang bersifat pembodohan. Fikirannya mula melayang. Mengimbas kembali memori lalu yang telah mengajar dia erti seorang manusia.

*

Imbas Kembali.

"  Fandi, aku ada suka seseorang la. Budak itu baik. Sangat. Tudung labuh. Berjubah. Senang cerita, memang baiklah"

"Bidadari mana pula yang curi hati kau ini, Azam? Cuba kau bagitahu aku. Untung-untung, aku boleh tolong risikkan" balas Fandi

"Syamila"

Fandi terlopong.

"Apa? Syamila? Fuh, memang tinggi sangat taste kau. Kau tahu tak? Syamila itu berapa ramai orang dia dah tolak. Setakat kata kata manis, duit duit semua ini, memang dia tak layan la"

"Aku tahu"

"So?"

"Normal lah manusia mahu yang terbaik sebagai pasangan hidupnya. Siapakah yang tak mahu perempuan solehah sebagai isterinya. Kau tak mahu ke?"

"Ya, aku tahu. Tapi kau kena ingat juga. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Kalau perangai tunggang langgang, dapatnya pun yang tunggang langgang jugalah"

Azam hanya mampu termenung mendengarkan kata kata Fandi. Ada benarnya juga kata si Fandi itu. Jika dibandingkan dia dengan Syamila memang beza tinggi langit dan bumi. Jauh bezanya.

"Why not, you change yourself first. Be a better person"

"How?"

"Senang. Buat apa yang Allah dan Rasulullah suruh dan tinggal apa yang dilarang. Simple kan?

"Yup. Tapi masih susah juga"

"Nak berubah ke arah yang baik mana pernah senang. Syaitan mestilah nak gagalkan"

*
Beberapa masa kemudian dihadapan

"Maaf. Saya tak boleh terima anda"

Azam terkaku.

"Mengapakah? Saya dah cuba usaha untuk berubah demi awak. Dah makin dekatkan diri dengan Tuhan supaya boleh setaraf dengan awak" balas Syarmila

"Jika begitu. Lagilah saya tidak boleh menerima. Maaf"

"Mengapakah? At least, perjelaskan kepada saya"

" Anda dekatkan diri dengan Tuhan bukan sebab anda betul betul mahu berubah. Anda berubah sebab wanita. Sebab saya. Niat mahu berubah itu salah. Jika anda betul betul mahu berubah, sepatutnya ia lahir daripada hati yang betul mahu berubah sebab DIA bukan sebab saya" jelas Syamila sambil menunjukkan jarinya ke atas langit.

Azam kehilangan kata. Kehilangan punca untuk berbicara. Dia seakan akan hilang idea untuk berbalas kata dengan Syarmila. Kata kata Syarmila cukup merentap hatinya. Cukup tepat menuju ke hatinya.

"Maafkan saya jika terkasar bahasa. Tapi demi kebaikan saya & anda, saya terpaksa mengucapkannya. Terima kasih"

Azam hanya mampu melihat Syarmila berjalan pantas meninggalkan dia yang masih dalam kebingungan. Masih tercari cari semangat untuk menghadamkan apa yang diperkatakan Syarmila tadi.

"Setiap perbuatan itu berdasarkan niat"

*

Turning point.
Jika dalam Matematik, ada disebutkan mengenai turning point. Dalam kehidupan juga ada turning point.

Setiap orang ada turning point mereka sendiri. Dan turning point itu berbeza bagi setiap orang. Ada yang begitu dan ada juga yang begini. Masakan sama setiap orang sama turning pointnya. Apa yang membezakan turning point setiap orang ialah sama ada turning point itu membawa kepada nilai positif ataupun nilai negatif.
Azam menulis sesuatu di atas kertas di hadapannya. Tangannya seakan menari-nari mengikut liang lengguk tangannya. Gigih dia menulis di atas kertas itu tanpa dia sedar Fandi yang sudah berada di sebelahnya.

"Rajin betul kau, Zam. Tulis apanya?

"Tiada apa-apa. Sekadar buat check list amalan aku hari ini. Biasalah. Aku ni bukannya hebat sangat. Kena ada self reminder sendiri"

"Wah! Bagusnya kau, Zam. Tak sangka aku kau boleh improve macam ini"

Azam hanya tersenyum nipis. Sekadar menjawab tanpa suara pujian kawannya itu.

"Zam, aku tengok kau selepas kena reject dengan Syarmila, kau macam lain macam je. Dulu ada lah juga kau pergi jamming dengan budak budak ini. Sekarang, aku tengok kau lebih diam ja"

Azam memberhentikan tangannya. Dia berpaling ke arah Fandi serta merta.

"Aku tak tahulah, Fandi. Sejak aku kena reject dengan Syarmila hari itu, aku rasa aku baru tersedar daripada satu pembodohan. Dulu aku berubah sebab mahukan Syarmila. Tapi kini aku rasa berubah sebab betul betul mahu berubah"

Fandi mendengar dengan teliti  luahan kawannya.

" Hadis pertama pun cakap "Setiap perbuatan itu berdasarkan niatnya". Dan niat aku berubah dulu untuk pikat hati Syarmila. Lepas aku kena reject hari itu, aku fikir balik. Kalau aku berubah hanya untuk pikat Syarmila, keredhaan Allah mana aku nak cari?"

"Kadang-kadang, bukan semua yang kita inginkan, kita akan dapat. Kita kena sedar hakikat diri kita yang kita ini hanya pendosa. Nabi yang maksum itu pun Allah tak perkenankan doanya yang mahu umatnya tidak bergaduh. Inikan kita pula yang banyak dosa" Azam menyambung.

Benar.

Kadang kadang manusia tersilap arah semasa memulakan perjalanan. Sudahnya, silaplah daripada awal sampai ke akhir.

*
Imbas ke hadapan.

"Awak tahu tak? Saya dulu sebenarnya sudah suka awak daripada awal. Sejak awak mula-mula lamar saya dahulu" Syamila berkata kepada Azam.

"Laa, kenapa awak jual mahal sangat dahulu? Penat saya tahu" balas Azam manja.

"Kalau saya terima awak dahulu, maknanya saya terima diri awak yang belum berubah. Yang berubah hanya kerana mahukan saya. Kiranya tiada redha Allah yang dapat."

Azam tersenyum.

"Saya tahu. Terima kasihlah awak tolak saya dahulu"

Mereka sama tergelak.

" Thank God, I reject you before"

"Thank for rejecting me"

*

Tamat

p/s: Well, ini bukan full cerpen. Sekadar pecahan cerita. Kalau menarik, akan buat secara full conflict.

:)



Friday, July 5, 2013

Poem: Sadness





Salam Alaik

"Sadness"
 
There's always be sadness
in our life
nothing can prevent us
from being sad
sometimes in our life
that's absolutely will be
as it's our destiny
that God gives to us
as a test
to make us
become stronger
to face the obstacles.

Sadness can be friend or enemy
when you faced sadness
what steps will you take?
positive or negative?
The ways you took
showed the real attitude
that expressed your real identity
maybe it's light
or maybe it's dark.

As you can overcome sadness
or sadness will conquer 
your soul 
deeply in dark prison
that located in your heart


Let's turn the sadness into the happiness
it is not impossible
as the miracles always exist
in our life
as the present from God



Syaef Fendy
The Expression


Thursday, July 4, 2013

Persepsi Marhaen & Mesir





Salam Alaik

Hari ini, 4 Julai 2013.

Akhirnya, Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi berjaya diturunkan selepas campur tangan melalui pihak tentera. Segala cerita bagaimanakah boleh jatuh, bolehlah cari sendiri di pelbagai sumber.

Yup, ramai yang kecewa (Rakyat Malaysia yang belajar di Mesir terutamanya). Termasuklah tuan empunya blog. Sampaikan tidak dapat berfikir dengan waras dan mengikut emosi. Rasionalnya entah letak ke mana.

Kita (kebanyakannya) mungkin kecewa dengan apa yang berlaku sekarang ini. Tetapi pada masa yang sama sebagai seorang yang rasional, kena befikir daripada aspek pemikiran orang Mesir sendiri (kebanyakannya).

Mungkin kita anggap diri kita sudah cukup hadam dengan situasi politik & ekonomi di Mesir, tetapi hakikatnya apa yang kita mahukan tidak sama seperti yang rakyat Mesir (sesetengah) mahukan.

Food-Job-Economy

Jika dilihat kembali kepada punca berlakunya Tamarrud (Rebel), tiga aspek inilah yang sebenarnya menjadi modal kepada barisan pembangkang untuk memainkan isu menentang si tuan presiden. Krisis "F-J-E" yang kurang berjaya ditangani dengan baik seterusnya berjaya dimanipulasi dengan baik oleh golongan golongan pembangkang seterusnya membawa kepada kejatuhan tuan presiden.

Seringkali juga terdengar "luahan" rakyat rakyat marhaen Mesir yang mengeluh bagaimana naiknya harga barang, kejatuhan nilai Egyptian Pounds, pengenalan cukai baru, kekurangan peluang pekerjaan, bekalan elektrik yang sentiasa terputus, kekurangan bekalan petrol di pasaran dan pelbagai lagi keluhan. Memang tidak dapat dinafikan, segala masalah ekonomi ini ada kaitannya juga dengan usaha usaha pihak tertentu yang mahukan memburukkan reputasi tuan presiden. Dan mereka berjaya! Isu asas ini mungkin nampak simple tetapi berjaya dimanipulasikan dengan baik & tuan presiden juga mungkin kurang bertindak secara kolektif dalam menangani permainan politik musuhnya.

Cuba letakkan diri kita barang seketika di dalam diri seorang rakyat marhaen Mesir yang gajinya tidak sampai 300 Le sebulan, hanya mampu makan ish setiap hari & yang terpaksa merempat di jalanan. Ya, mereka mungkin kurang tahu isi permainan politik yang cuba dimainkan. Tapi sebagai rakyat biasa, mereka lebih melihat kepada hasil dan bukan usaha. Dan, perkara ini yang berjaya dimanipulasikan oleh pihak pembangkang. Menanam persepsi "Morsi tidak layak mengurus negara".

Persepsi.

Apabila berbicara mengenai soal persepsi, satu contoh yang terbaik ialah Racip Tayyib Erdogan, tuan presiden Turki. Erdogan tidak terus kepada perubahan lanskap politik Islamis tetapi dimulakan dengan menguasai isu isu asas masyarakat. Ya, isu ekonomi

# Mengawal inflasi dalam pasaran ekonomi Turki
# Memulihkan nilai Lira Turki
# Kaedah faedah dikurangkan
# Pendapatan per kapita rakyat berjaya dinaikkan.

Antara contoh isu isu ekonomi yang berjaya ditangani dengan baik oleh Erdogan. Dan ini seterusnya membawa kepada pembinaan imej positif beliau di hadapan mata rakyat. Apabila sokongan rakyat sudah mengakar, maka dasar-dasar yang membuka peluang kepada Islam mula diterapkan. Nampak susah & payah, tetapi itulah caranya dalam menanamkan dasar Islami dalam kerajaan ketika ini.

"Duit (ekonomi) bukanlah segalanya. Tetapi, segalanya (sekarang) memerlukan duit (ekonomi)"

Mahu atau tidak, persepsi  rakyat Mesir (sesetengah) kepada Dr Morsi dan IM, FJP amnya berada pada tahap yang paling rendah. Manipulasi persepsi yang berjaya dilakukan oleh pihak pembangkang, ditambah pula dengan beberapa tindakan pihak Dr Morsi yang kurang popular menambahkan lagi teruknya persepi rakyat Mesir (sesetengah) kepada Dr Morsi dan rakannya.

Tapi, adakah segalanya sudah berakhir untuk Dr Morsi? Sudah pasti tidak! FJP masih boleh melakukan comeback dalam Pilihan Raya Presiden. Mengambil kembali hak mereka secara demokrasi (sekali lagi). Tapi, mahu atau tidak, perlunya ada perubahan strategi dalam menangani pilihan raya yang baru ini. Juarai isu ekonomi dan isu asas rakyat marhaen, maka sudah pasti ada peluang yang terbuka untuk Dr Morsi dan FJP kembali ke kerusi presiden.

Dan mahu atau tidak, kepada "Egyptian" banyak ruang & sikap yang perlu diubah. Memang rakyat adalah segalanya dalam sistem demokrasi. Tetapi, apakah yang mahu diharapkan daripada seorang pemimpin yang hebat jika rakyatnya masih berada di tahap pemikiran "kanak-kanak"? Buat kerja bertangguh. Malas bekerja. Mentaliti teruk. Hanya menunggu pembanguan siap depan mata tanpa sama sama berusaha. Demonstrasti apabila tak puas hati. Ya, bukan semua yang begini. Masih ramai yang baik. Tetapi yang sedikit inilah yang menjadi nila dalam sebuah belanga yang penuh dengan susu. Rosak!

Kepada mereka yang sedih dengan situasi di Mesir sekarang, jangan terlalu bersedih. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya yang memperjuangkan agama-Nya. Mungkin ada yang lebih baik menanti. Siapalah kita untuk mengetahui?

"Bukanlah namanya perjuangan jika tiada ujian"

Mungkin inilah masanya untuk mereka yang berkenaan koreksi diri. Semak kembali mana yang tersilap. Mana yang tersalah langkah. Mengubah strategi. Mematangkan diri dalam politik kotor. Mendengar dengan lebih teliti. Dan segala jenis bentuk semakan diri.

"Islam tidak pernah kalah. Cuma belum menang sahaja"

*

Jika ditakdirkan memasuki dunia politik, antara aspek utama yang ingin diubah ialah ekonomi & pendidikan. Daripada ekonomi, boleh membina persepsi. Daripada pendidikan, boleh mengubah mentaliti.

:)

Wednesday, July 3, 2013

Spontaneously Thursday





Salam Alaik.

Suzuki Alto

Front View

Front View

Side View

Back View
.
.
.

Range Harga Terkini untuk Suzuki Alto 2013:

RM 44,888- RM 54,888

Fuh.

Sebelum habis belajar dah kena usaha untuk ada kereta sendiri. Ataupun paling lewat sebelum mulakan kerja. Nampak mahal tapi tak mustahil. Kereta mudah miliklah ni. Haha!

Biar kereta simple tetapi berbaloi sesuai dengan kemampuan.

Orang kata

"Alah membeli menang memakai"

A way to go!





Sekilas tentang Kahwin




Salam Alaik.

Umur dah hampir nak 22 tahun. Besar dah anak Encik Ngaliman dan Puan Nor Hamiza ini rupanya. Tak sangka. Ish. Pejam celik nanti habis belajar sudah.Apabila dah habis belajar nanti, dah amsuk alam bekerja. Alam yang paling mencabar kerana disinilah nilai sebenar diri sendiri terpamer. Oh ya! Alam yang satu lagi, Alam Perkahwinan!

Kahwin.

Norma manusialah masa umur begini sudah mula terfikir untuk berpasangan. Untuk menyintai dan dicintai (geli aih bunyinya). Dan segala yang sewaktu dengannya. Ya, memang normal jika pernah terfikir hal hal kahwin ini pada usia yang sebegini. Darah panas la katakan. Dan sudah semestinya tidak terkecuali tuan empunya blog. Sebenarnya, memang selalu fikir pun. Huhu

Well, what's my opinion about marriage?

Sebagai anak sulung, banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum melangsungkan perkahwinan. Banyak aspek. Banyak sudut. Banyak pihak. Senang cerita, banyak perkara yang perlu difikirkan semasak masaknya. 

Sebab itu, orang kata "anak sulung ini biasanya kahwin lambat, tapi apabila anak yang dah last last ini, senang je nanti nak minta kahwin".
( Kot la. Tiada bukti saintifik yang menyokong teori ini.)

Okay, apa contoh perkara yang banyak sangat perlu difikirkannya itu?

#1 Tanggungjawab.
#2 Persediaan rohani & mental
#3 Persediaan material
#4 Ibu bapa & adik beradik

and the list goes on..

Pernah cakap secara serius dengan ibu tentang perkara ini. Dan selepas sweet talk, rasanya banyak aspek yang lompong sana sini. Masih tak cukup sedia dan masa lagi untuk ke alam yang satu lagi. Eceh. Dan ada hikmah dan sebabnya mengapakah ibu kadang kadang against dengan pendapat dan kehendak kita.

"Orang lelaki ini yang kena menanggung. Bukan ditanggung"

Ya, itulah sebabnya apabila rasa nak kahwin, sentiasa recheck diri balik dan berpijak di bumi yang nyata. Ayat menanggung di atas itu bukanlah setakat terpakai hanya untuk menanggung secara materialistik sahaja, Tetapi kena juga bersedia untuk menanggung dosanya. Menanggung beban dan susahnya. Dan macam macam lagilah. Apabila fikir balik, rasa scary pulak. T.T

"Sudahkah bersedia untuk menanggung beban dosa isteri jika si suaminya tak pandai bimbing isteri?"

Apabila tanya  kepada diri balik, hati dok cakap

" Haih, susah juga gaya gini rupanya. Ingatkan apabila kahwin ini happy go lucky ja"

Hidup ini tak boleh berdasarkan  "saya suka awak" dan "awak suka saya" and we live happily ever after-aman bahagia selamanya. Tak semudah itu. Sangat tak mudah. Dan sangat bukan seperti jalan cerita dalam novel novel!

Kalau hanya bergantung kepada skop "saya suka awak" dan "awak suka saya", hai memang senanglah hidup camtu. Kalau setakat suka suka ini boleh bagi makan anak orang, memang dah kahwin dah! Haha.

Sebab itu, apabila sampai part kahwin ini, kadang kadang diri ini banyak berfikir. Fikir daripada pelbagai sudut sampai serabut. Sudut tanggungjawab, sudut nafkah dan macam macam lagi. Yelah, kita mestilah ingin perkahwinan ini kita tahan lama bukan macam biskut segera. Jadi, untuk perkahwinan yang bertahan lama dan diberkati, mestilah ada perancangan yang rapi dan strategik.

Dan secara peribadinya, sebelum kahwin kena capai beberapa target dan tahap sebelum boleh kahwin.

#1 Kumpul harta. Kalau tak banyak, sedikit pun kena ada. Biar nampak yang diri ini ada perancangan dan sumber untuk menanggung anak orang.

#2 Kenalah kuasai asas dalam menjadi hamba-Nya. Ilmu agama kena korek lagi bagi mantap. Sebab nak jadi nakhoda kapal yang bakal menentukan kapal itu belayar ke mana arahnya? Kalau nakhodanya mabuk laut, kena pukul ombaklah gayanya.

#3 Kena cuba dan mesti bantu adik adik dibawah. Ini sebagai bukti yang walaupun dah berkeluarga nanti, adik adik sedarah sedanging tak dilupakan. Sebagai pelindung utama adik adik selepas ibu & ayah.

#4 Kena memahami psikologi perempuan dengan lebih mendalam. Yang ini mungkin agak lawak, tetapi sebenarnya merupakan aspek penting yang lelaki selalu lupakan. Tak salahnya lelaki cuba memahami psikologi & kehendak kaum wanita kerana akhirnya pun masih benefit kepada perhubungan itu.

#5 Well. Sounds materialistic. Tapi kena cuba untuk beli rumah & kereta. Tak besar dan mahal tak apa. Asalkan ada. Sebab ini adalah keperluan asas di zaman sekarang. Haip, kena kumpul duit banyak banyak bermula daripada sekarang!

#6 Part paling penting, kena belajar menjadi lebih bertanggungjawab. LEBIH. 

Sebenarnya banyak lagi nak listkan tapi okay kot setakat itu. Itu yang majornya. Nampak permainannya disitu? Apabila dilihat kembali, banyak lagi nak kena capai dan kena kejar! Hai.

Apapun, jangan dilupakan paling utama sekali. Mohonlah kepada Allah agar dikurniakan jodoh yang baik. Itu yang paling penting. Tak cantik, tak lawa, tak apa! Yang penting saling melengkapi.

"Perbaiki diri sendiri dahulu. Jadikan diri sendiri sebagai yang terbaik. InsyaAllah yang terbaik akan menyusul tiba. Sebab orang yang baik adalah untuk orang yang baik"

Eceh.

Senyum

:)



Tuesday, July 2, 2013

Anak Sulung

Salam Alaik.

Tuan empunya blog adalah anak sulung daripada 4 adik beradik. Dan beza antara adik lelaki kedua ialah 6 tahun. Jadi, bolehlah nampak betapa agak "lonely" ketika zaman kanak-kanak sebab takde adik yang lebih kurang sebaya. Haha. 

Apapun, menjadi seorang abang dan sulung tambahannya, bukanlah perkara yang mudah. 
(I can say that it's a messy one)

"Afiq, tolong buatkan susu adik"

"Afiq, tolong mandikan adik tu"

"Afiq, tolong adik buat homework"

"Afiq, tolong jaga adik tu time ibu kerja"
Dan, bermacam macam lagi suruhan. 

Countless.

Hinggakan pada satu masa, pernah terlintas

"Asal la aku jadi anak sulung. Semua aku kena buat. Dahlah kena marah je. Bukan salah aku pun"
sambil air mata mengalir jatuh mengenangkan nasib. Sobs.

Serius, sampai satu tahap rasa nak mati je. Sebabnya rasa kurang dihargai dan asyik dipersalahkan walaupun bukan salah diri sendiri. Sedihkan bunyinya?

Nampak permainannya disitu? Sungguh tidak matang dahulu.

Tapi, apabila makin meningkat dewasa. Semakin sedar. Semakin celik dengan realiti depan mata. Jadi anak sulung bukanlah seteruk yang disangka. Malahan, ianya seakan satu nikmat yang tak terhingga.

Ibu merupakan seorang jururawat yang bekerja ikut syif. Ayah juga bekerja. Dan, secara tak langsung sudah  pasti ada kelompongan masa untuk menjaga anak anaknya. Dan tuan empunya blog sebagai anak sulung mengambil alih tugas sebagai "superman" yang menjaga adik adiknya di rumah.

Mungkin terlalu overprotective dalam menjaga adik adik. Setiap apa yang adik lakukan mesti diawasi. Yelah, takut ibu marah kalau ada yang tak kena. Haha. Tanpa sedar, menjadi diktator dalam diam. Diktator dalam rumah.

Sampaikan jiran jiran di taman menggelarkan kami adik beradik paling bising (Kot?) sebab asyik bergaduh dan bertekak sahaja. Ye, ini cerita serius. Masing masing keras kepala dan tak mahu dengar cakap. Jadi peranglah jawabnya. Maaf ayah & ibu sebab selalu menyakitkan kepala. Huhu.

Tapi dalam bising kami, kami adik beradik sedar akan tugas dan kepentingan belajar. Bukan nak bangga, tapi  bolehlah cakap yang dalam taman kami adalah adik beradik yang selalu skor  dalam peperiksaan. Apabila melihat ibu & ayah bercerita tentang jiran jirang berbual tentang kejayaan kami dalam perasaan, terasa gembira je hati ini. Tenang & nyaman. Lebih lebih lagi melihat senyuman di ibu ayah.

Aigoo. Mengapakah nampak lari je point dia disini?

Okay, pusing kembali kepada point asal. Anak sulung.

Apabila duduk di Mesir ini, memang kena berdikari dan bergantung kepada diri sendiri. Tanpa sedar, pengalaman dan latihan sebagai anak sulung yang banyak membantu. Serius. Bagus juga rupanya jadi anak sulung. Jadi lebih matang dan berwawasan dengan kadar masa yang lebih pantas. Itulah. Kita mungkin tak nampak hikmahnya di awal, tapi apabila makin lama, baru kita sedar setiap situasi yang dilalui itu pasti ada faedahnya pada diri.

Jadi, rasa banggat tak jadi anak sulung?

"Ya! Bangga sangat!" jawab dengan semangatnya.

Dan, walaupun ayah ada kebun ladang sawit yang boleh tahan banyaklah juga dan aset aset lain, serius sekarang tidak pernah terfikir untuk mewarisi pun segala benda itu. Sebabnya, apabila tengok drama Melayu punca gaduhnya adik beradik sebab harta. Dan tak mahu jadi begitu terhadap adik beradik. Biarlah. Harta ayah adalah milik ayah. Bukan milik anak-anaknya. Lagi memilih untuk berusaha mengumpulkan sendiri dan bekerja keras sebagaimana ayah melakukakannya semasa muda dahulu.

Kisah tuan empunya blog dengan adik beradiknya mungkin tidak se sweet orang lain. Tapi, at least kami menghargai satu sama lain (walaupun asyik gaduh menjerit ja)!

"Air dicincang tidak akan pernah putus"

:)

Monday, July 1, 2013

DIA & dia






Salam Alaik.

DIA & dia

Bukan untuk berkata kata,
Bukan untuk diam seribu bahasa,
Ini hikayat sebuah manusia,
Yang mudah ditelan dosa,
Susah mencari erti pahala,
Cepat dan mudah ke neraka,
Jauh dan susah ke Syurga.

Lelaki dan wanita,
Ciptaan hebat Yang Maha Esa,
Bermula di Syurga,
Kemudiannya diturunkan ke dunia,
Bagi menempuh pelbagai duga,
Membersihkan diri daripada dosa,
Yang terpalit kerana syaitan durjana.

Lelaki dan Wanita,
Ada perasaan istimewa antara mereka,
Kuntuman segar cinta,
Mula mekar membasahi jiwa,
Tapi jika tersalah cara,
Kelak tak sudah merana,
Menyesal sepanjang usia.

Apabila cinta mula mekar di jiwa,
Usaplah dada mohon redhaNya,
Takut ilusi si Merah durjana,
Yang dibentangkan hadapan mata,
Doa dan mohon kepada-Nya,
Petunjuk yang sebenarnya,
Yang diredhai Maha Esa.

Dalam dia menyimpan suka,
Terlirik senyuman di muka,
Setiap kali si dia melinta di mata,
Pedihnya hati dan jiwa,
Apabila digelapkan sang mata,
hanya terbayang si dia,
Tak kira masa.

DIA lawan dia,
Nampak sama,
Tapi hakikatnya berbeza,
Jangan mudah terpedaya,
dalam memilih antara dua,
Kerana yang satu sentiasa ada,
Yang satu lagi mungkin hancur binasa.

(Syaef Fendy)







Sunday, June 30, 2013

Diari Hidup Mungkin

Salam Alaik

#1 (Final Exam)


Alhamdulillah, walaupun nampak sangat lambatnya nak update, tetapi Final Exam Tahun 3 dah habis secara rasminya pada 22 Jun 2013. Lega sangat dah habis. 

Tetapi apabila memikirkan resultnya pula, ibarat "keluar mulut naga, masuk mulut buaya"

Review ringkas:

a) Pathology: 
MCQ sangat mengecewakan. Banyak salah. Dan, satu lagi carry marks yang sedikit. Memang menyesallah untuk final. Tercari cari markah.

#IndeksRamalan: Jayyid Jiddan @ Jayyid (Actually, Jayyid Jiddan pun susah) T.T

b) Parasitology:
Alhamdullillah, paper paling perform. Sangat best jawab soalan written-nya. Practical pun insyaAllah full marks. Oralnyalah yang "50-50" sedikit.

#IndeksRamalan: Ada peluang baik untuk Mumtaz. InsyaAllah!

c) Pharmacology:
Paper yang paling ditakut sebenarnya. Soalan dia senang sangat. Tetapi, tak ingat T.T 
Oral pun performance dia antara paling teruk untuk oral exam tahun ni.

#IndeksRamalan: Jayyid. Kena berpijak pada bumi yang nyata T.T

d) Microbiology:
Okaylah keseluruhannya. Oral pun perform dengan sangat cemerlang.

#IndeksRamalan: Mumtaz @ Jayyid Jiddan.

Overall: Jayyid Jiddan (susah juga nak capai sebenarnya) @ Jayyid.

Mohon doa semua agar result saya elok elok sahaja. Serius, Tahun 3 sangat scary.

# 2 (Musyrif)

Disebabkan tuan empunya blog ini tak tahu baliknya bila, maka mahu atau tidak jadi sasaran musyrif oleh kawan kawan. Pecah rekod rasanya. Pergi ke Cairo 3 kali seminggu. Dan lebih hebatnya, pergi ke Hussein 3 kali seminggu. Kalau sebelum ini, setahun tu nak pergi ke Cairo bolehlah kira dengan jarinya. Tapi yang ini dah macam ulang alik pergi gamaah pula.

* 22/6: Musyrif ke Hussein
* 24/6: Musyrif ke Hussein lagi.
*25/6: Musyrif orang ke Cairo Airport.
* 26/6: Musyrif orang ke Cairo lagi lagi.

Fuh. Ye, jika perlukan khidmat musyrif ke Hussein, bolehlah hubungi saya, ya?

#3 (Tiket Balik)

Hati ini bagaikan terguris apabila melihat satu persatu kawan pulang ke Malaysia. Siapakah yang tak mahu balik? Aigoo. Tapi, dah jadi tabiat. Memang kebiasaannya akan tunggu keluar result dulu baru balik Malaysia. Berdasarkan exam yang lepas, sebenarnya cuak dua subjek. Pathology & Pharmacology. Huhu.

Masa bosan bosan duduk kat rumah. Selalulah juga check online harga tiket flight. Nampak permainannya disitu? Desperate sangat nak balik aih! Tapi berdasarkan perkiraan superstitious, kemungkinan besar balik masa belas belas July. Harap harapnyalah

Doakanlah boleh balik. :)

#4 (Malaysia)

Balik Malaysia ini, tak seperti orang lain, mengidam nak makan macam macam. Tak. Kalau mengidam pun, mengidam nak makan Makaroni Goreng Ibu & Nasi Goreng  Cilipadi Ibu. Itu sahaja. Haha. Pelikkan? Orang lain siap buat wish list nak makan apa. Tapi, yang tuan empunya blog ini tak kisah sangat pun pasal makan makan ni. Mungkin sebab apabila mengidam kat Mesir, terus masak apa yang diidamnya tu. Hehe

Tapi, balik Malaysia ini, masih ada wishlist sendiri juga

#1 (Belajar dengan Ibu untuk buat Kek Pandan, Kek Coklat Kukus, Cheese Cake)

#2 (Belajar macam mana nak masak nasi goreng, Sekarang dah tak reti nak masak nasi goreng -.-)

#3 (Kemas rumah pagi pagi. Then sidai baju. Basuh halaman rumah. Siram pokok bunga. Pelikkan? Apa kisah. Haha)

#4 (Tolong ayah menyawit kelapa sawit. Tetiba rindu nak menyawit pula)

#5 (Nak baca komik yang berjumlah ratus-an di rumah)

#6 (Hantar Yan pergi ke sekolah)

dan banyak lagi.

p/s: Doalah saya boleh balik. Amin.

#5 Jodoh

Haa. Apasal tag no 5 ni macam pelik sikit. Haha. Tataulah kenapa, semenjak dua menjak ni, kadang kadang terlintas pula pasal ini. Haha. Luls. Lawak juga kadang kadang.

Dah berazam, apabila dah yakin nanti, nak merisik orang yang disukai itu melalui Bait Muslim. Gilolah kan kalau nak merisik sendiri? Lepas itu, jumpa parents dia. Hehe. Nakal sungguh imiganisasinya. Tapi, sebenarnya itulah cara yang terbaik. Mungkin sebab zaman sekarang, benda yang batil dah jadi kebiasaan, maka perkara yang benar itu orang pandang pelik. Aigoo.

Tapi kan, siapakah calonnya?

Haha. Mana ada lagi la. Hehe

:P

#6 Tamarrud 30 Jun

Kalau nak cerita pasal ini, sepatutnya buat post baru. Tetapi, malas lah pula. Apapun, semoga Mesir aman seisinya. InsyaAllah, pihak yang benar akan sentiasa diluruskan jalannya oleh Allah.

Doakan keberkatan bumi Mesir dan penghuninya. InsyaAllah. :)

#7 Beza Pendapat

" Setiap pendapat tiada yang salah. Kerana pendapat itu bersifat subjektif dan tiada skema yang khusus kerana ianya bergantung kepada pemahama & pemikiran seseorang itu"

Dan, dalam skop politik Malaysia, tuan empunya blog tidak mempunyai pendirian yang khusus. Lebih gemar memerhati dan menilai berdasarkan realiti dan fakta, tidak berpaksikan kepada sentimen & fanatisme.

Ye, mungkin orang panggil saya "Lalang". But I know what I'm doing right now.

Usia sekarang ini, usia untuk memerhati, memahami dan mengenal pasti.Ikut sokong bukan sebab fanatisme keluarga. Bukan ikut sebab majoriti komuniti. Tapi ikut sokong berdasarkan fakta & kebenaran.

Bukannya seorang yang rasis. Bukannya seorang yang terlalu bebas.

Bangsa Melayu perlu berhenti menyalahkan bangsa lain. Perlu berhenti bergantung kepada status quo bumiputera. Sebab selalu dimanjakanlah, bangsa Melayu jadi lemah & tak berdaya saing. Lihat sahaja bangsa Cina, mereka bangsa yang progresif. Bangsa yang tidak mudah mengalah.

Kalau takut orang Cina pijak kepala kita. Senang sahaja caranya nak lawan kembali. Jangan bagi mereka pijak kepala kita. Dengan cara bagaimanakah?

Contohi orang Cina. Sikap mereka. Strategi mereka. Kelebihan mereka. Kekurangan mereka.

Mantapkan diri biar setanding dengan orang Cina itu sendiri.

Sifirnya mudah, kalau nak orang hormat kita, jadikan diri kita ni berupaya untuk dihormati orang lain.

Bayangkanlah, takkanlah kita nak suruh ornag hormat kepada kita sedangkan kita ni "bodoh" perangainya?

Hehe.

Senyum.

#Tamat











Saturday, June 22, 2013

Drop Jaw

Salam alaik.

Akhirnya, exam yang panjang & macam marathon akan secara rasminya tamat pada hari esok (22/6/2013). Sangat memenatkan dan memberi tekanan. Walaupun hanya 4 subjek sahaja, tapi azabnya. Fuh, hanya Allah yang tahu. Hampir 2 bulan tidur tak teratur. Kejap tidur awal, kejap tidur lambat. Kejap tidur banyak, & kejap juga terlebih tidur. Makannya pula tak teratur, ada masa rajin mengalahkan anak dara. Ada masa malas sangat. 

Harap harap, keputusannya okay sahaja. Serius, dapat naik ke Tahun 4 pun dah rasa bersyukur yang amat. T.T

*

Anyway, ada satu cerita menarik. Drop jaw lah juga awal awalnya.

Alkisahnya, adalah seorang kawan (perempuan) di sini, A bagitahu yang ada kawan dia di Malaysia, B (perempuan juga) sedang mencari pasangan hidup. Si B suruh si A carikan calon untuk diri dia. Sebab mungkin rasanya masa dah tiba la kot untuk diri si B?

Okay, apakah point dia disini?

Kawan, si A ni tadi pergilah mencadangkan kepada tuan empunya blog ini si B. Manalah tak "drop jaw"nya tuan empunya blog ni ye dak?. :O

Sembang sembang, si B ini merupakan pelajar jurusan akauntan dan pernah juga mengambil STAM. Whoa!

:O
(Drop jaw lagi)

Lalu, si A pun dengan semangatnya inginlah memadankan tuan empunya blog dengan si B.

-.-

Tuan empunya blog pun hanya mampu buat reaksi muka di atas.

Jadi, apakah katanya?
.
.
.
.
Dup dap dup dap.
.
.
.
.
Next timelah, sambung. Haha.

Wednesday, June 12, 2013

Saja saja

Salam Alaik.

Sekarang sudah pukul 10.38 malam.

Atas meja bersepah dengan buku.

Sekarang tengah di muka surat 44 buku practical (75 ms semuanya).

Haaaaa!

Baru tahu penangan practical. Lagi gelabah daripada written & mcq.

Kes kes besar tak sentuh lagi.

Aigoo.

Dah jadi habit rasanya nak dekat exam, baru dapat full force.

(Keluh diri sendiri)

T.T

Apapun, tak kan mahu mengalah?

Alahai, buku tebal tebal boleh habiskan, tak yang nipis ni tak boleh kot?

Malu.

Malu.

Jadinya, jangan cepat putus asa. Jom jom masih ada masa!

InsyaAllah, siapakah yang tahu usaha gila kentang last minutes ini yang paling berkat di sisi Allah?

Anda tahu?

Tidak.

Semuanya kerja Allah.

Apapun, senyum!

:)

Saturday, June 8, 2013

Tawakal

Salam alaik.

Orang selalu kata

"Usaha, Doa & Tawakal"

Tapi sejauh manakah aplikasinya dalam diri kita?

Usaha kita mungkin hebat. Sebelum exam, macam malaikat. Doa tak putus putus & lebat.

Selepas exam?

Macam mana?

Kembali melakukakn maksiat?

Haih, rosakknya diri ini.

Memang betullah Fenomena "Malaikat Sehari'?

Tak buat? Alhamdulillah. Syukur kiranya kau hebat, terus menerus meminta rahmat walaupun sudah terlambat.

"Mendapatkan itu mungkin mudah. Tetapi mempertahankan itu yang payah"
*
Ayat 159, Ali Imran

"Maksudnya : Maka disebabkan rahmat Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling mu. Oleh itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah keampunan bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu, Kemudian apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka orang yang bertawakal kepada Nya."

*
Hari ini (8 Jun 2013) exam Pharmacology Kertas 1. Mohon dipermudahkan.

:)


Friday, June 7, 2013

Mengapakah Perlu Belajar Bersungguh Sungguh?

Salam Alaik.
*
"Mengapakah perlu belajar bersungguh sungguh ?"

Ini kadang kala merupakan salah satu persoalan yang pernah bermain dalam fikiran kita. Soalan ini menjadi lebih bermakna apabila ditanyakan kepada mereka yang mengambil bidang medik.

Ya. Mengapakah?

Dan, apabila sesuatu soalan itu ditanyakan,kemungkinan ada pelbagai jawapan yang berbeza berdasarkan pemahaman & kesedaran masing masing.

Kadang kadang, mungkin kita akan terkedu seketika memikirkan jawapan kepada persoalan diatas. Betul bukan ? Haha 

Cuba fikir sejenak. Tak lama, tetapi sekejap sahaja.

Sudah?

Jadikah apa jawapannya?

Bagus. Setiap orang mesti ada jawapan mereka sendiri. Berbeza sebab mengapakah perlu diri untuk belajar bersungguh-sungguh.

Tahniah, jika anda mempunyai sebab. Ini membuktikan yang anda mempunyai matlamat & kesedaran.

Kepada yang belum, jangan risau. Anda bukannya tiada matlamat atau kesedaran. Cuma mungkin terlupa. Biasalah, manusia kan pelupa.

Jadi, apa jawapan saya?

"Saya percaya yang bidang medik merupakan antara profesion yang memerlukan disiplin belajar yang tinggi. Ini kerana profesion ini berkait sangat rapat dengan nyawa manusia. Bayangkan dengan hanya 1 kesilapan sahaja semasa dalam prosedur merawat pesakit, mungkin akan menyebabkan pelbagai komplikasi yang teruk dan berbahaya kepada pesakit itu sendiri"



Nah, itulah penting belajar dengan hati secara bersungguh-sungguh! Tak kan kita mahukan situasi "ingat lupa" seperti dalam menjawab peperiksaan semasa merawat pesakit! 

Pandanglah ke hadapan. Kita belajar medik bukanlah untuk hanya bergelar dr sahaja di permulaan nama kita. Tetapi kita ini adalah bakal pencipta keajaiban.

Setiap orang ada sebab tersendiri jadi doktor.

"Mungkin ada yang disebabkan minat"
"Ada kerana desakan ibu bapa."

"Ada kerana macam macam perkara lain lagi".

Tetapi, berbeza mana sekalipun sebab anda, mahu atau tidak, sudah terpundak satu tanggungjawab besar di atas bahu. Percaya lah realitinya.

Kita hidup dalam masyarakat yang berfikiran skeptikal.

Lebih gemar mencari yang buruk daripada menghargai yang baik.

Jadinya mahu atau tidak, kita terpaksa sentiasa berada dalam keadaan "Always Correct" supaya masyarakat tidak "blame" kita.

*
Apabila doktor gagal dalam merawat pesakit

"Ini semua salah doktor!"
Apabila doktor berjaya dalam merawat pesakit

" Keajaiban. Tak sangka ada keajaiban"
Nah, kadang kala Doktor ini ada lagaknya macam "Tuhan" dimata masyarakat.. Secara literallynya.

Jadi, kepada mereka yang bergelar bakal doktor (yang sedang stress/leka dalam belajar), ada 2 pilihan untuk ada:

Jadi doktor yang "Tuhan" atau jadi doktor yang "Syaitan".

Harsh?

Nice that you've feel it.

:)




Saturday, May 18, 2013

"Lub Dub" Jantung Berbunyi

Salam alaik.

Lub Dub Lub Dub ...

Apabila jantung berbunyi..


Haa, pelik bukan update masa macam ni?

Sebenarnya, rasa cuak sangat nak jawab kertas Pathology. Macam semua tak kena dah. Nak baca buku lagi, memang kelautlah. Mata pandang buku, fikirannya ingat lain.

Apapun, semoga dipermudahkan.
"Allahumma yassir wala tu’assir robbi tammim bi’khair."

:)