Followers

Saturday, May 18, 2013

"Lub Dub" Jantung Berbunyi

Salam alaik.

Lub Dub Lub Dub ...

Apabila jantung berbunyi..


Haa, pelik bukan update masa macam ni?

Sebenarnya, rasa cuak sangat nak jawab kertas Pathology. Macam semua tak kena dah. Nak baca buku lagi, memang kelautlah. Mata pandang buku, fikirannya ingat lain.

Apapun, semoga dipermudahkan.
"Allahumma yassir wala tu’assir robbi tammim bi’khair."

:)

Friday, May 17, 2013

Minggu Ini


Salam Alaik.

Walaupun sudah terlambat , tetapi rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan " Selamat Hari Ibu" & "Selamat Hari Guru".

Khas untuk:

Ibu & Ayah

Atuk & Arwah Nenek

Cikgu-cikgu Tadika ABIM Parit Besar Bagan & Tadika Islam Sungai Abong.

Cikgu-cikgu SK Bandar Maharani.

Cikgu-cikgu SMKA Maahad Muar.

Cikgu-cikgu Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Pensyararah-pensyarah Kolej Matrikulasi Melaka.

Pensyarah-Pensyarah Universiti Zagazig.

&

Guru paling mulia & agung, Muhammad S.A.W

*

InsyaAllah juga, esok (18/05/2013), akan bermulanya peperiksaan bertulis Pathology Kertas 1. Mohon dimudahkan untuk menjawab dan diberikan ketenangan & ilham yang melimpah ruah semasa menjawab.

2 hari selepas itu pada 20/05/2013 pula akan berlangsungnya peperiksaan bertulis Pathology Kertas 2. Jujur & serius cakap, rasa cuak dan bimbang dengan Kertas 2 sebab banyak belum baca & dihafal lagi.

Tapi apapun, fokus satu persatu dahulu!


:)