Followers

Monday, July 15, 2013

Terbang Tinggi






Salam Alaik.

17/7/2013

InsyaAllah akan balik ke Malaysia pada tarikh ini dengan menaiki airlines Oman Air.

Alhamdulillah, diberikan rezeki untuk pulang lagi ke rumah selepas hampir 10 bulan meninggalkan keluarga.

Eceh.

Cerita pasal Oman Air, masih teringat lagi kisah 2 tahun lepas ketika hendak pulang semual ke Mesir selepas bercuti di Malaysia.

Kisah termiss flight.

Sungguh, masa itu sangat cuak & hilang kewarasan kejap. Haha

Stay di KLIA hampir lebih kurang 2 hari menunggu flight ke Mesir.

Pengalaman memang benda yang tidak dapat dinilaikan.

Dulu-dulu, masa kecil berangan nak naik kapal terbang. Yelah, bukannya daripada keluarga yang berada sangat.

Alhamdulillah, sekarang macam dah lali naik air plane tu.

Imbas kembali, banyak juga sudah kali naik flight.

Oman Air (KL-Muscat) Sep 2010

Gulf Air (Muscat-Manama) Sep 2010

Gulf Air (Manama-Cairo) Sep 2010

Charlie TUDM (Cairo-Jeddah) Jan 2011

Saudi Arabian Airways (Jeddah-Singapore) Feb 2011

Gulf Air (KL-Cairo) Feb 2011

Oman Air (Cairo-KL) Ogos 2011

Oman Air (KL-Cairo) September 2011 (Miss flight)

Easyjet (Hurghada-Geneva) Jan 2012

Easyjet (Geneva-London) Jan 2012

Easyjet (London-Athens) Feb 2012

Olympus Air (Athens-Cairo) Feb 2012
(macam termakan Bacon semasa serve meal dalam flight. T.T)

Egypt Air (Cairo-KL) Julai 2012

Egypt Air (KL-Cairo) September 2012
(Terpaksa tukar tarikh sehingga kena RM 1000 denda)

Okay.

Memang tiada kerja.

Tak sabar nak balik tapi pada masa yang sama sedikit berat hati nak balik.

:')

Wednesday, July 10, 2013

Distance




Salam Alaik.

After all, there's always something/someone that we can't get at last.

There's always a distance between us & something we dream about.

A huge distance.

Really.

No matter how hard you dream it, it's just a fate.

Pain isn't it?

Yes.

A deep pain.

That you can't just express it.

Well.

I've predicted this.

 Reality is hard to accept.

That's why truth is something that someone wants to avoid it.

:')

No worry. Keep calm and just read the love letter from God.

He's the master plan after all.

Keep believing.

Improve yourself, & more to come. InsyaAllah

:)

Fikir-Fikir



Salam Alaik

(Apapun sebelum masuk ke isi, ini adalah entri ke-300 dalam blog ini. Fuh, tak sangka dah cecah 300 post. Yang ke-400 itu tak tahulah bila. Haha)

*

"Besar besar nanti, Afiq nak ada rumah besar. Nak ada kereta besar!"

Tanpa sedar, itulah yang pernah diucapkan semasa kecil kecil dahulu. Innocent kan? Yelah, budak kecil & tak matang lagi. Material adalah pengukur kepada kejayaan semasa besar nanti.  Tetapi meningkat dewasa, diri sendiri mula sedar yang status & material bukanlah penentu kepada kejayaan seseorang. Apatah lagi, penentu sama ada ke syurga atau neraka.

"Sesungguhnya, kita sendiri tidak faham apa yang sebenarnya diri kita mahu"

Dulu-dulu, semasa kecil (dalam lingkungan umur 5-8 tahun) pernah terfikir

"Aku nak jadi Power Rangers Merah. Sebab boleh selamatkan dunia daripada raksasa!"

"Aku nak ada bilik yang penuh dengan permainan. Ada set model kereta api. Ada komputer macam dalam cerita Ultraman"

Lawak apabila difikirkan balik. Tetapi itulah fikiran innocent kanak kanak berumur 5-8 tahun bernama Syaufiq Effendy.

Masa berlalu pergi. Umur pun kian meningkat. Fikiran pula bertukar corak

" Besar nanti mahu jadi Saintis. Macam best jadi saintis"
(Pernah cuba invent something)

"Besar nanti nak jadi Sasterawan"
(Masa Form 2 ada menulis 5 cerpen. Tapi sayangnya, semua dah hilang)

"Nanti nak jadi detektif. Boleh siasat penjahat"
(Terpengaruh dengan kepintaran Det. Conan. Always imagine myself being him)

" Nanti mahu jadi pelukis komik"
(Sudah melukis satu cerita yang bermuka surat lebih kurang 10 helai. Tetapi apabila tengok balik, serius buruk gaya lukisannya. End up tak hantar ke mana mana majalah)

"Mahu jadi Chef"
(Sudah masak lunch & dinner pada umur 10 tahun. Dan setiap kali ada peluang untuk memasak, mesti akan cuba resipi baru. Apabila dkira balik, pada umur 14 tahun, sudah ada 30 resipi sendiri. luls)
" TIDAK MAHU jadi doktor"
(Tak tahulah kenapa. Tetapi dulu sangat benci nak jadi doktor. Ibu & ayah asyik cakap je suruh jadi doktor. Mungkin berkat suruhan mereka, sekarang memang betul insyaAllah nak jadi doktor)
Kemudian terus meningkat dewasa lagi. Matang pun semakin bertambah. Corak pemikiran pun kian berubah. Sekarang sudah mula memikirkan benda benda yang lebih kompleks.

Kahwin
(Tipulah tak pernah fikir tentang kahwin)

Isteri
(Luls. Ciri ciri mungkin? Haha)

Kerjaya
(Apa langkah seterusnya selepas belajar. Apa nak buat)

Dan banyak lagi. Memang kalau disebutkan, lawak pun ada. Daripada seserius perkara sampailah kepada perkara kecil yang mungkin pada orang tak logik. Tetapi itulah. Manusia ini berbeza. Apa yang kita fikir tidak sama seperti orang lain fikir.

Begitulah hidup.

Memang Tuhan suruh kita fikir. Kalau tidak, tidak diberikan akal kepada kita. Sebab itu kita istimewa.

Skop bagaimanakah yang seharusnya kita fikirkan?

Terpulang. Setiap orang ada benda yang perlu mereka fikirkan. Tetapi, cubalah segala benda yang kita fikir itu, akan membawa kita kepada dimensi baru. Yang boleh mengubah kita kepada yang lebih baik.

InsyaAllah.

*

p/s: InsyaAllah, sempena bulan Ramadhan akan keluarkan entri setiap hari mengenai Ramadhan dibawah labels "Ramadhan 2013". Skopnya berbeza. Ada mungkin tazkirah & ada mungkin kenangan. Salah satu cara untuk menyemarakkan keserononokan Ramadhan. InsyaAllah :)

Ramadhan Kareem, Allahu Akram
(Ramadhan is Generous, Allah is More Generous)

Tuesday, July 9, 2013

Housemates







Salam alaik.

Baitul Imtiyaz.

Itulah nama rumah tuan empunya blog di Mesir. Baitul Imtiyaz ada 5 orang penghuni. Setiap orang, sebilik. Memang susah nak jumpa sekarang satu rumah ada 5 bilik. Kiranya kami ini kira special dan hebat lah. Bukan senang nak jumpa kan? Haha

Alkisahnya, bagaimanakah boleh berjumpa dengan housemates dan sepakat untuk tinggal bersama?

Actually, sebelum datang Mesir atau lebih awal sebelum datang orientasi dah merancang untuk tinggal bersama di Mesir. Siap buat group di Facebook lagi. Semangat bukan? Kiranya, memang dah ada perancangan yang rapi untuk hidup bersama di Mesir. Kalah Freemason.

Dulu, ahli Baitul Imtiyaz ada 6 orang. Syaufiq, Hanif, Hassan, Wan, Adiy & Shahir. Berjanji untuk tinggal serumah bersaMa 6 tahun sehingga habis belajar. Tapi apakan daya, Shahir bertukar angin ke China untuk mengambil Medik di sana. Di Universiti Xian Jiatong (entah betul ke tidak ejaannya).

Tinggal lah 5 orang sahaja meneruskan perjuangan di bumi Mesir.

Hanif

Hassan

Adiy

Wan

Syaufiq

Setiap orang perangainya berbeza. Ada sahaja karenah masing masing. Adatlah berselisih faham. Terpangkah sana sini. Tapi itulah. Nikmatnya berukhuwah kerana Allah. Eceh. Walaupun, tuan empunya blog sibuk dengan banyak hal sehingga banyak kali juga tiada berada di rumah. Tetapi, yang lain faham sahaja. Biasalah.

Mungkin sedar atau tidak, Baitul Imtiyaz ialah satu satunya rumah yang masih tidak berpecah ahlinya berpindah rumah berasingan. Kalau mahu pindah, pindah bersama. Berkat kesabaran, rumah 5 bilik yang memang tersangat sukar untuk dicari berjaya dicari walaupun terpaksa keluar daripada kawasan Salam. Ketika rakan rakan lain  di rumah lain sudah berpecah kerana mahukan bilik satu seorang. 

Kita datang bersama,
Kita pulang bersama.

Hampir 3 tahun bersama,
3 tahun lagi akan turut bersama.

InsyaAllah.

Makan makan sempena nak dekat bulan Ramadhan. Haha

Baitul Imtiyaz.

Walaupun nama agak skema dan sedikit kerek, tetapi ada apahal? Haha

Sunday, July 7, 2013

Koreksi


Dalam diam, dia menghela nafas lega. Kelihatan senyuman mula terukir di wajahnya. Seakan-akan satu ketenangan yang terus menerus datang dari entah mana asalnya. Petunjuk daripada Tuhan mungkin. Mindanya masih ligat berfikir. Masih cuba untuk memahami.

Memang benar cinta itu suci asalnya. Tapi apabila erti cinta itu disalah tafsirkan, jadilah ia hitam & kotor. Masih ada cinta yang suci & bersih. Lupakah manusia cinta kepada Yang Esa? Cinta kepada Kekasih-Nya? Lupakah? Kadang kadang, manusia lebih suka mengejar benda yang tidak pasti berbanding apa yang sudah dijanjikan dan menanti untuk mereka. Ibarat mengejar emas yang jauh berkilauan di hadapan berbanding sinaran perak ditangan. Manusia.

Azam masih belum mampu menamatkan senyumannya. Seakan-akan dia akan tersedar daripada satu lamunan yang panjang. Lamunan yang bersifat pembodohan. Fikirannya mula melayang. Mengimbas kembali memori lalu yang telah mengajar dia erti seorang manusia.

*

Imbas Kembali.

"  Fandi, aku ada suka seseorang la. Budak itu baik. Sangat. Tudung labuh. Berjubah. Senang cerita, memang baiklah"

"Bidadari mana pula yang curi hati kau ini, Azam? Cuba kau bagitahu aku. Untung-untung, aku boleh tolong risikkan" balas Fandi

"Syamila"

Fandi terlopong.

"Apa? Syamila? Fuh, memang tinggi sangat taste kau. Kau tahu tak? Syamila itu berapa ramai orang dia dah tolak. Setakat kata kata manis, duit duit semua ini, memang dia tak layan la"

"Aku tahu"

"So?"

"Normal lah manusia mahu yang terbaik sebagai pasangan hidupnya. Siapakah yang tak mahu perempuan solehah sebagai isterinya. Kau tak mahu ke?"

"Ya, aku tahu. Tapi kau kena ingat juga. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Kalau perangai tunggang langgang, dapatnya pun yang tunggang langgang jugalah"

Azam hanya mampu termenung mendengarkan kata kata Fandi. Ada benarnya juga kata si Fandi itu. Jika dibandingkan dia dengan Syamila memang beza tinggi langit dan bumi. Jauh bezanya.

"Why not, you change yourself first. Be a better person"

"How?"

"Senang. Buat apa yang Allah dan Rasulullah suruh dan tinggal apa yang dilarang. Simple kan?

"Yup. Tapi masih susah juga"

"Nak berubah ke arah yang baik mana pernah senang. Syaitan mestilah nak gagalkan"

*
Beberapa masa kemudian dihadapan

"Maaf. Saya tak boleh terima anda"

Azam terkaku.

"Mengapakah? Saya dah cuba usaha untuk berubah demi awak. Dah makin dekatkan diri dengan Tuhan supaya boleh setaraf dengan awak" balas Syarmila

"Jika begitu. Lagilah saya tidak boleh menerima. Maaf"

"Mengapakah? At least, perjelaskan kepada saya"

" Anda dekatkan diri dengan Tuhan bukan sebab anda betul betul mahu berubah. Anda berubah sebab wanita. Sebab saya. Niat mahu berubah itu salah. Jika anda betul betul mahu berubah, sepatutnya ia lahir daripada hati yang betul mahu berubah sebab DIA bukan sebab saya" jelas Syamila sambil menunjukkan jarinya ke atas langit.

Azam kehilangan kata. Kehilangan punca untuk berbicara. Dia seakan akan hilang idea untuk berbalas kata dengan Syarmila. Kata kata Syarmila cukup merentap hatinya. Cukup tepat menuju ke hatinya.

"Maafkan saya jika terkasar bahasa. Tapi demi kebaikan saya & anda, saya terpaksa mengucapkannya. Terima kasih"

Azam hanya mampu melihat Syarmila berjalan pantas meninggalkan dia yang masih dalam kebingungan. Masih tercari cari semangat untuk menghadamkan apa yang diperkatakan Syarmila tadi.

"Setiap perbuatan itu berdasarkan niat"

*

Turning point.
Jika dalam Matematik, ada disebutkan mengenai turning point. Dalam kehidupan juga ada turning point.

Setiap orang ada turning point mereka sendiri. Dan turning point itu berbeza bagi setiap orang. Ada yang begitu dan ada juga yang begini. Masakan sama setiap orang sama turning pointnya. Apa yang membezakan turning point setiap orang ialah sama ada turning point itu membawa kepada nilai positif ataupun nilai negatif.
Azam menulis sesuatu di atas kertas di hadapannya. Tangannya seakan menari-nari mengikut liang lengguk tangannya. Gigih dia menulis di atas kertas itu tanpa dia sedar Fandi yang sudah berada di sebelahnya.

"Rajin betul kau, Zam. Tulis apanya?

"Tiada apa-apa. Sekadar buat check list amalan aku hari ini. Biasalah. Aku ni bukannya hebat sangat. Kena ada self reminder sendiri"

"Wah! Bagusnya kau, Zam. Tak sangka aku kau boleh improve macam ini"

Azam hanya tersenyum nipis. Sekadar menjawab tanpa suara pujian kawannya itu.

"Zam, aku tengok kau selepas kena reject dengan Syarmila, kau macam lain macam je. Dulu ada lah juga kau pergi jamming dengan budak budak ini. Sekarang, aku tengok kau lebih diam ja"

Azam memberhentikan tangannya. Dia berpaling ke arah Fandi serta merta.

"Aku tak tahulah, Fandi. Sejak aku kena reject dengan Syarmila hari itu, aku rasa aku baru tersedar daripada satu pembodohan. Dulu aku berubah sebab mahukan Syarmila. Tapi kini aku rasa berubah sebab betul betul mahu berubah"

Fandi mendengar dengan teliti  luahan kawannya.

" Hadis pertama pun cakap "Setiap perbuatan itu berdasarkan niatnya". Dan niat aku berubah dulu untuk pikat hati Syarmila. Lepas aku kena reject hari itu, aku fikir balik. Kalau aku berubah hanya untuk pikat Syarmila, keredhaan Allah mana aku nak cari?"

"Kadang-kadang, bukan semua yang kita inginkan, kita akan dapat. Kita kena sedar hakikat diri kita yang kita ini hanya pendosa. Nabi yang maksum itu pun Allah tak perkenankan doanya yang mahu umatnya tidak bergaduh. Inikan kita pula yang banyak dosa" Azam menyambung.

Benar.

Kadang kadang manusia tersilap arah semasa memulakan perjalanan. Sudahnya, silaplah daripada awal sampai ke akhir.

*
Imbas ke hadapan.

"Awak tahu tak? Saya dulu sebenarnya sudah suka awak daripada awal. Sejak awak mula-mula lamar saya dahulu" Syamila berkata kepada Azam.

"Laa, kenapa awak jual mahal sangat dahulu? Penat saya tahu" balas Azam manja.

"Kalau saya terima awak dahulu, maknanya saya terima diri awak yang belum berubah. Yang berubah hanya kerana mahukan saya. Kiranya tiada redha Allah yang dapat."

Azam tersenyum.

"Saya tahu. Terima kasihlah awak tolak saya dahulu"

Mereka sama tergelak.

" Thank God, I reject you before"

"Thank for rejecting me"

*

Tamat

p/s: Well, ini bukan full cerpen. Sekadar pecahan cerita. Kalau menarik, akan buat secara full conflict.

:)



Friday, July 5, 2013

Poem: Sadness





Salam Alaik

"Sadness"
 
There's always be sadness
in our life
nothing can prevent us
from being sad
sometimes in our life
that's absolutely will be
as it's our destiny
that God gives to us
as a test
to make us
become stronger
to face the obstacles.

Sadness can be friend or enemy
when you faced sadness
what steps will you take?
positive or negative?
The ways you took
showed the real attitude
that expressed your real identity
maybe it's light
or maybe it's dark.

As you can overcome sadness
or sadness will conquer 
your soul 
deeply in dark prison
that located in your heart


Let's turn the sadness into the happiness
it is not impossible
as the miracles always exist
in our life
as the present from God



Syaef Fendy
The Expression


Thursday, July 4, 2013

Persepsi Marhaen & Mesir





Salam Alaik

Hari ini, 4 Julai 2013.

Akhirnya, Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi berjaya diturunkan selepas campur tangan melalui pihak tentera. Segala cerita bagaimanakah boleh jatuh, bolehlah cari sendiri di pelbagai sumber.

Yup, ramai yang kecewa (Rakyat Malaysia yang belajar di Mesir terutamanya). Termasuklah tuan empunya blog. Sampaikan tidak dapat berfikir dengan waras dan mengikut emosi. Rasionalnya entah letak ke mana.

Kita (kebanyakannya) mungkin kecewa dengan apa yang berlaku sekarang ini. Tetapi pada masa yang sama sebagai seorang yang rasional, kena befikir daripada aspek pemikiran orang Mesir sendiri (kebanyakannya).

Mungkin kita anggap diri kita sudah cukup hadam dengan situasi politik & ekonomi di Mesir, tetapi hakikatnya apa yang kita mahukan tidak sama seperti yang rakyat Mesir (sesetengah) mahukan.

Food-Job-Economy

Jika dilihat kembali kepada punca berlakunya Tamarrud (Rebel), tiga aspek inilah yang sebenarnya menjadi modal kepada barisan pembangkang untuk memainkan isu menentang si tuan presiden. Krisis "F-J-E" yang kurang berjaya ditangani dengan baik seterusnya berjaya dimanipulasi dengan baik oleh golongan golongan pembangkang seterusnya membawa kepada kejatuhan tuan presiden.

Seringkali juga terdengar "luahan" rakyat rakyat marhaen Mesir yang mengeluh bagaimana naiknya harga barang, kejatuhan nilai Egyptian Pounds, pengenalan cukai baru, kekurangan peluang pekerjaan, bekalan elektrik yang sentiasa terputus, kekurangan bekalan petrol di pasaran dan pelbagai lagi keluhan. Memang tidak dapat dinafikan, segala masalah ekonomi ini ada kaitannya juga dengan usaha usaha pihak tertentu yang mahukan memburukkan reputasi tuan presiden. Dan mereka berjaya! Isu asas ini mungkin nampak simple tetapi berjaya dimanipulasikan dengan baik & tuan presiden juga mungkin kurang bertindak secara kolektif dalam menangani permainan politik musuhnya.

Cuba letakkan diri kita barang seketika di dalam diri seorang rakyat marhaen Mesir yang gajinya tidak sampai 300 Le sebulan, hanya mampu makan ish setiap hari & yang terpaksa merempat di jalanan. Ya, mereka mungkin kurang tahu isi permainan politik yang cuba dimainkan. Tapi sebagai rakyat biasa, mereka lebih melihat kepada hasil dan bukan usaha. Dan, perkara ini yang berjaya dimanipulasikan oleh pihak pembangkang. Menanam persepsi "Morsi tidak layak mengurus negara".

Persepsi.

Apabila berbicara mengenai soal persepsi, satu contoh yang terbaik ialah Racip Tayyib Erdogan, tuan presiden Turki. Erdogan tidak terus kepada perubahan lanskap politik Islamis tetapi dimulakan dengan menguasai isu isu asas masyarakat. Ya, isu ekonomi

# Mengawal inflasi dalam pasaran ekonomi Turki
# Memulihkan nilai Lira Turki
# Kaedah faedah dikurangkan
# Pendapatan per kapita rakyat berjaya dinaikkan.

Antara contoh isu isu ekonomi yang berjaya ditangani dengan baik oleh Erdogan. Dan ini seterusnya membawa kepada pembinaan imej positif beliau di hadapan mata rakyat. Apabila sokongan rakyat sudah mengakar, maka dasar-dasar yang membuka peluang kepada Islam mula diterapkan. Nampak susah & payah, tetapi itulah caranya dalam menanamkan dasar Islami dalam kerajaan ketika ini.

"Duit (ekonomi) bukanlah segalanya. Tetapi, segalanya (sekarang) memerlukan duit (ekonomi)"

Mahu atau tidak, persepsi  rakyat Mesir (sesetengah) kepada Dr Morsi dan IM, FJP amnya berada pada tahap yang paling rendah. Manipulasi persepsi yang berjaya dilakukan oleh pihak pembangkang, ditambah pula dengan beberapa tindakan pihak Dr Morsi yang kurang popular menambahkan lagi teruknya persepi rakyat Mesir (sesetengah) kepada Dr Morsi dan rakannya.

Tapi, adakah segalanya sudah berakhir untuk Dr Morsi? Sudah pasti tidak! FJP masih boleh melakukan comeback dalam Pilihan Raya Presiden. Mengambil kembali hak mereka secara demokrasi (sekali lagi). Tapi, mahu atau tidak, perlunya ada perubahan strategi dalam menangani pilihan raya yang baru ini. Juarai isu ekonomi dan isu asas rakyat marhaen, maka sudah pasti ada peluang yang terbuka untuk Dr Morsi dan FJP kembali ke kerusi presiden.

Dan mahu atau tidak, kepada "Egyptian" banyak ruang & sikap yang perlu diubah. Memang rakyat adalah segalanya dalam sistem demokrasi. Tetapi, apakah yang mahu diharapkan daripada seorang pemimpin yang hebat jika rakyatnya masih berada di tahap pemikiran "kanak-kanak"? Buat kerja bertangguh. Malas bekerja. Mentaliti teruk. Hanya menunggu pembanguan siap depan mata tanpa sama sama berusaha. Demonstrasti apabila tak puas hati. Ya, bukan semua yang begini. Masih ramai yang baik. Tetapi yang sedikit inilah yang menjadi nila dalam sebuah belanga yang penuh dengan susu. Rosak!

Kepada mereka yang sedih dengan situasi di Mesir sekarang, jangan terlalu bersedih. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya yang memperjuangkan agama-Nya. Mungkin ada yang lebih baik menanti. Siapalah kita untuk mengetahui?

"Bukanlah namanya perjuangan jika tiada ujian"

Mungkin inilah masanya untuk mereka yang berkenaan koreksi diri. Semak kembali mana yang tersilap. Mana yang tersalah langkah. Mengubah strategi. Mematangkan diri dalam politik kotor. Mendengar dengan lebih teliti. Dan segala jenis bentuk semakan diri.

"Islam tidak pernah kalah. Cuma belum menang sahaja"

*

Jika ditakdirkan memasuki dunia politik, antara aspek utama yang ingin diubah ialah ekonomi & pendidikan. Daripada ekonomi, boleh membina persepsi. Daripada pendidikan, boleh mengubah mentaliti.

:)

Wednesday, July 3, 2013

Spontaneously Thursday





Salam Alaik.

Suzuki Alto

Front View

Front View

Side View

Back View
.
.
.

Range Harga Terkini untuk Suzuki Alto 2013:

RM 44,888- RM 54,888

Fuh.

Sebelum habis belajar dah kena usaha untuk ada kereta sendiri. Ataupun paling lewat sebelum mulakan kerja. Nampak mahal tapi tak mustahil. Kereta mudah miliklah ni. Haha!

Biar kereta simple tetapi berbaloi sesuai dengan kemampuan.

Orang kata

"Alah membeli menang memakai"

A way to go!





Sekilas tentang Kahwin




Salam Alaik.

Umur dah hampir nak 22 tahun. Besar dah anak Encik Ngaliman dan Puan Nor Hamiza ini rupanya. Tak sangka. Ish. Pejam celik nanti habis belajar sudah.Apabila dah habis belajar nanti, dah amsuk alam bekerja. Alam yang paling mencabar kerana disinilah nilai sebenar diri sendiri terpamer. Oh ya! Alam yang satu lagi, Alam Perkahwinan!

Kahwin.

Norma manusialah masa umur begini sudah mula terfikir untuk berpasangan. Untuk menyintai dan dicintai (geli aih bunyinya). Dan segala yang sewaktu dengannya. Ya, memang normal jika pernah terfikir hal hal kahwin ini pada usia yang sebegini. Darah panas la katakan. Dan sudah semestinya tidak terkecuali tuan empunya blog. Sebenarnya, memang selalu fikir pun. Huhu

Well, what's my opinion about marriage?

Sebagai anak sulung, banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum melangsungkan perkahwinan. Banyak aspek. Banyak sudut. Banyak pihak. Senang cerita, banyak perkara yang perlu difikirkan semasak masaknya. 

Sebab itu, orang kata "anak sulung ini biasanya kahwin lambat, tapi apabila anak yang dah last last ini, senang je nanti nak minta kahwin".
( Kot la. Tiada bukti saintifik yang menyokong teori ini.)

Okay, apa contoh perkara yang banyak sangat perlu difikirkannya itu?

#1 Tanggungjawab.
#2 Persediaan rohani & mental
#3 Persediaan material
#4 Ibu bapa & adik beradik

and the list goes on..

Pernah cakap secara serius dengan ibu tentang perkara ini. Dan selepas sweet talk, rasanya banyak aspek yang lompong sana sini. Masih tak cukup sedia dan masa lagi untuk ke alam yang satu lagi. Eceh. Dan ada hikmah dan sebabnya mengapakah ibu kadang kadang against dengan pendapat dan kehendak kita.

"Orang lelaki ini yang kena menanggung. Bukan ditanggung"

Ya, itulah sebabnya apabila rasa nak kahwin, sentiasa recheck diri balik dan berpijak di bumi yang nyata. Ayat menanggung di atas itu bukanlah setakat terpakai hanya untuk menanggung secara materialistik sahaja, Tetapi kena juga bersedia untuk menanggung dosanya. Menanggung beban dan susahnya. Dan macam macam lagilah. Apabila fikir balik, rasa scary pulak. T.T

"Sudahkah bersedia untuk menanggung beban dosa isteri jika si suaminya tak pandai bimbing isteri?"

Apabila tanya  kepada diri balik, hati dok cakap

" Haih, susah juga gaya gini rupanya. Ingatkan apabila kahwin ini happy go lucky ja"

Hidup ini tak boleh berdasarkan  "saya suka awak" dan "awak suka saya" and we live happily ever after-aman bahagia selamanya. Tak semudah itu. Sangat tak mudah. Dan sangat bukan seperti jalan cerita dalam novel novel!

Kalau hanya bergantung kepada skop "saya suka awak" dan "awak suka saya", hai memang senanglah hidup camtu. Kalau setakat suka suka ini boleh bagi makan anak orang, memang dah kahwin dah! Haha.

Sebab itu, apabila sampai part kahwin ini, kadang kadang diri ini banyak berfikir. Fikir daripada pelbagai sudut sampai serabut. Sudut tanggungjawab, sudut nafkah dan macam macam lagi. Yelah, kita mestilah ingin perkahwinan ini kita tahan lama bukan macam biskut segera. Jadi, untuk perkahwinan yang bertahan lama dan diberkati, mestilah ada perancangan yang rapi dan strategik.

Dan secara peribadinya, sebelum kahwin kena capai beberapa target dan tahap sebelum boleh kahwin.

#1 Kumpul harta. Kalau tak banyak, sedikit pun kena ada. Biar nampak yang diri ini ada perancangan dan sumber untuk menanggung anak orang.

#2 Kenalah kuasai asas dalam menjadi hamba-Nya. Ilmu agama kena korek lagi bagi mantap. Sebab nak jadi nakhoda kapal yang bakal menentukan kapal itu belayar ke mana arahnya? Kalau nakhodanya mabuk laut, kena pukul ombaklah gayanya.

#3 Kena cuba dan mesti bantu adik adik dibawah. Ini sebagai bukti yang walaupun dah berkeluarga nanti, adik adik sedarah sedanging tak dilupakan. Sebagai pelindung utama adik adik selepas ibu & ayah.

#4 Kena memahami psikologi perempuan dengan lebih mendalam. Yang ini mungkin agak lawak, tetapi sebenarnya merupakan aspek penting yang lelaki selalu lupakan. Tak salahnya lelaki cuba memahami psikologi & kehendak kaum wanita kerana akhirnya pun masih benefit kepada perhubungan itu.

#5 Well. Sounds materialistic. Tapi kena cuba untuk beli rumah & kereta. Tak besar dan mahal tak apa. Asalkan ada. Sebab ini adalah keperluan asas di zaman sekarang. Haip, kena kumpul duit banyak banyak bermula daripada sekarang!

#6 Part paling penting, kena belajar menjadi lebih bertanggungjawab. LEBIH. 

Sebenarnya banyak lagi nak listkan tapi okay kot setakat itu. Itu yang majornya. Nampak permainannya disitu? Apabila dilihat kembali, banyak lagi nak kena capai dan kena kejar! Hai.

Apapun, jangan dilupakan paling utama sekali. Mohonlah kepada Allah agar dikurniakan jodoh yang baik. Itu yang paling penting. Tak cantik, tak lawa, tak apa! Yang penting saling melengkapi.

"Perbaiki diri sendiri dahulu. Jadikan diri sendiri sebagai yang terbaik. InsyaAllah yang terbaik akan menyusul tiba. Sebab orang yang baik adalah untuk orang yang baik"

Eceh.

Senyum

:)



Tuesday, July 2, 2013

Anak Sulung

Salam Alaik.

Tuan empunya blog adalah anak sulung daripada 4 adik beradik. Dan beza antara adik lelaki kedua ialah 6 tahun. Jadi, bolehlah nampak betapa agak "lonely" ketika zaman kanak-kanak sebab takde adik yang lebih kurang sebaya. Haha. 

Apapun, menjadi seorang abang dan sulung tambahannya, bukanlah perkara yang mudah. 
(I can say that it's a messy one)

"Afiq, tolong buatkan susu adik"

"Afiq, tolong mandikan adik tu"

"Afiq, tolong adik buat homework"

"Afiq, tolong jaga adik tu time ibu kerja"
Dan, bermacam macam lagi suruhan. 

Countless.

Hinggakan pada satu masa, pernah terlintas

"Asal la aku jadi anak sulung. Semua aku kena buat. Dahlah kena marah je. Bukan salah aku pun"
sambil air mata mengalir jatuh mengenangkan nasib. Sobs.

Serius, sampai satu tahap rasa nak mati je. Sebabnya rasa kurang dihargai dan asyik dipersalahkan walaupun bukan salah diri sendiri. Sedihkan bunyinya?

Nampak permainannya disitu? Sungguh tidak matang dahulu.

Tapi, apabila makin meningkat dewasa. Semakin sedar. Semakin celik dengan realiti depan mata. Jadi anak sulung bukanlah seteruk yang disangka. Malahan, ianya seakan satu nikmat yang tak terhingga.

Ibu merupakan seorang jururawat yang bekerja ikut syif. Ayah juga bekerja. Dan, secara tak langsung sudah  pasti ada kelompongan masa untuk menjaga anak anaknya. Dan tuan empunya blog sebagai anak sulung mengambil alih tugas sebagai "superman" yang menjaga adik adiknya di rumah.

Mungkin terlalu overprotective dalam menjaga adik adik. Setiap apa yang adik lakukan mesti diawasi. Yelah, takut ibu marah kalau ada yang tak kena. Haha. Tanpa sedar, menjadi diktator dalam diam. Diktator dalam rumah.

Sampaikan jiran jiran di taman menggelarkan kami adik beradik paling bising (Kot?) sebab asyik bergaduh dan bertekak sahaja. Ye, ini cerita serius. Masing masing keras kepala dan tak mahu dengar cakap. Jadi peranglah jawabnya. Maaf ayah & ibu sebab selalu menyakitkan kepala. Huhu.

Tapi dalam bising kami, kami adik beradik sedar akan tugas dan kepentingan belajar. Bukan nak bangga, tapi  bolehlah cakap yang dalam taman kami adalah adik beradik yang selalu skor  dalam peperiksaan. Apabila melihat ibu & ayah bercerita tentang jiran jirang berbual tentang kejayaan kami dalam perasaan, terasa gembira je hati ini. Tenang & nyaman. Lebih lebih lagi melihat senyuman di ibu ayah.

Aigoo. Mengapakah nampak lari je point dia disini?

Okay, pusing kembali kepada point asal. Anak sulung.

Apabila duduk di Mesir ini, memang kena berdikari dan bergantung kepada diri sendiri. Tanpa sedar, pengalaman dan latihan sebagai anak sulung yang banyak membantu. Serius. Bagus juga rupanya jadi anak sulung. Jadi lebih matang dan berwawasan dengan kadar masa yang lebih pantas. Itulah. Kita mungkin tak nampak hikmahnya di awal, tapi apabila makin lama, baru kita sedar setiap situasi yang dilalui itu pasti ada faedahnya pada diri.

Jadi, rasa banggat tak jadi anak sulung?

"Ya! Bangga sangat!" jawab dengan semangatnya.

Dan, walaupun ayah ada kebun ladang sawit yang boleh tahan banyaklah juga dan aset aset lain, serius sekarang tidak pernah terfikir untuk mewarisi pun segala benda itu. Sebabnya, apabila tengok drama Melayu punca gaduhnya adik beradik sebab harta. Dan tak mahu jadi begitu terhadap adik beradik. Biarlah. Harta ayah adalah milik ayah. Bukan milik anak-anaknya. Lagi memilih untuk berusaha mengumpulkan sendiri dan bekerja keras sebagaimana ayah melakukakannya semasa muda dahulu.

Kisah tuan empunya blog dengan adik beradiknya mungkin tidak se sweet orang lain. Tapi, at least kami menghargai satu sama lain (walaupun asyik gaduh menjerit ja)!

"Air dicincang tidak akan pernah putus"

:)

Monday, July 1, 2013

DIA & dia






Salam Alaik.

DIA & dia

Bukan untuk berkata kata,
Bukan untuk diam seribu bahasa,
Ini hikayat sebuah manusia,
Yang mudah ditelan dosa,
Susah mencari erti pahala,
Cepat dan mudah ke neraka,
Jauh dan susah ke Syurga.

Lelaki dan wanita,
Ciptaan hebat Yang Maha Esa,
Bermula di Syurga,
Kemudiannya diturunkan ke dunia,
Bagi menempuh pelbagai duga,
Membersihkan diri daripada dosa,
Yang terpalit kerana syaitan durjana.

Lelaki dan Wanita,
Ada perasaan istimewa antara mereka,
Kuntuman segar cinta,
Mula mekar membasahi jiwa,
Tapi jika tersalah cara,
Kelak tak sudah merana,
Menyesal sepanjang usia.

Apabila cinta mula mekar di jiwa,
Usaplah dada mohon redhaNya,
Takut ilusi si Merah durjana,
Yang dibentangkan hadapan mata,
Doa dan mohon kepada-Nya,
Petunjuk yang sebenarnya,
Yang diredhai Maha Esa.

Dalam dia menyimpan suka,
Terlirik senyuman di muka,
Setiap kali si dia melinta di mata,
Pedihnya hati dan jiwa,
Apabila digelapkan sang mata,
hanya terbayang si dia,
Tak kira masa.

DIA lawan dia,
Nampak sama,
Tapi hakikatnya berbeza,
Jangan mudah terpedaya,
dalam memilih antara dua,
Kerana yang satu sentiasa ada,
Yang satu lagi mungkin hancur binasa.

(Syaef Fendy)