Followers

Monday, July 1, 2013

DIA & dia






Salam Alaik.

DIA & dia

Bukan untuk berkata kata,
Bukan untuk diam seribu bahasa,
Ini hikayat sebuah manusia,
Yang mudah ditelan dosa,
Susah mencari erti pahala,
Cepat dan mudah ke neraka,
Jauh dan susah ke Syurga.

Lelaki dan wanita,
Ciptaan hebat Yang Maha Esa,
Bermula di Syurga,
Kemudiannya diturunkan ke dunia,
Bagi menempuh pelbagai duga,
Membersihkan diri daripada dosa,
Yang terpalit kerana syaitan durjana.

Lelaki dan Wanita,
Ada perasaan istimewa antara mereka,
Kuntuman segar cinta,
Mula mekar membasahi jiwa,
Tapi jika tersalah cara,
Kelak tak sudah merana,
Menyesal sepanjang usia.

Apabila cinta mula mekar di jiwa,
Usaplah dada mohon redhaNya,
Takut ilusi si Merah durjana,
Yang dibentangkan hadapan mata,
Doa dan mohon kepada-Nya,
Petunjuk yang sebenarnya,
Yang diredhai Maha Esa.

Dalam dia menyimpan suka,
Terlirik senyuman di muka,
Setiap kali si dia melinta di mata,
Pedihnya hati dan jiwa,
Apabila digelapkan sang mata,
hanya terbayang si dia,
Tak kira masa.

DIA lawan dia,
Nampak sama,
Tapi hakikatnya berbeza,
Jangan mudah terpedaya,
dalam memilih antara dua,
Kerana yang satu sentiasa ada,
Yang satu lagi mungkin hancur binasa.

(Syaef Fendy)







No comments: