Followers

Wednesday, July 10, 2013

Fikir-Fikir



Salam Alaik

(Apapun sebelum masuk ke isi, ini adalah entri ke-300 dalam blog ini. Fuh, tak sangka dah cecah 300 post. Yang ke-400 itu tak tahulah bila. Haha)

*

"Besar besar nanti, Afiq nak ada rumah besar. Nak ada kereta besar!"

Tanpa sedar, itulah yang pernah diucapkan semasa kecil kecil dahulu. Innocent kan? Yelah, budak kecil & tak matang lagi. Material adalah pengukur kepada kejayaan semasa besar nanti.  Tetapi meningkat dewasa, diri sendiri mula sedar yang status & material bukanlah penentu kepada kejayaan seseorang. Apatah lagi, penentu sama ada ke syurga atau neraka.

"Sesungguhnya, kita sendiri tidak faham apa yang sebenarnya diri kita mahu"

Dulu-dulu, semasa kecil (dalam lingkungan umur 5-8 tahun) pernah terfikir

"Aku nak jadi Power Rangers Merah. Sebab boleh selamatkan dunia daripada raksasa!"

"Aku nak ada bilik yang penuh dengan permainan. Ada set model kereta api. Ada komputer macam dalam cerita Ultraman"

Lawak apabila difikirkan balik. Tetapi itulah fikiran innocent kanak kanak berumur 5-8 tahun bernama Syaufiq Effendy.

Masa berlalu pergi. Umur pun kian meningkat. Fikiran pula bertukar corak

" Besar nanti mahu jadi Saintis. Macam best jadi saintis"
(Pernah cuba invent something)

"Besar nanti nak jadi Sasterawan"
(Masa Form 2 ada menulis 5 cerpen. Tapi sayangnya, semua dah hilang)

"Nanti nak jadi detektif. Boleh siasat penjahat"
(Terpengaruh dengan kepintaran Det. Conan. Always imagine myself being him)

" Nanti mahu jadi pelukis komik"
(Sudah melukis satu cerita yang bermuka surat lebih kurang 10 helai. Tetapi apabila tengok balik, serius buruk gaya lukisannya. End up tak hantar ke mana mana majalah)

"Mahu jadi Chef"
(Sudah masak lunch & dinner pada umur 10 tahun. Dan setiap kali ada peluang untuk memasak, mesti akan cuba resipi baru. Apabila dkira balik, pada umur 14 tahun, sudah ada 30 resipi sendiri. luls)
" TIDAK MAHU jadi doktor"
(Tak tahulah kenapa. Tetapi dulu sangat benci nak jadi doktor. Ibu & ayah asyik cakap je suruh jadi doktor. Mungkin berkat suruhan mereka, sekarang memang betul insyaAllah nak jadi doktor)
Kemudian terus meningkat dewasa lagi. Matang pun semakin bertambah. Corak pemikiran pun kian berubah. Sekarang sudah mula memikirkan benda benda yang lebih kompleks.

Kahwin
(Tipulah tak pernah fikir tentang kahwin)

Isteri
(Luls. Ciri ciri mungkin? Haha)

Kerjaya
(Apa langkah seterusnya selepas belajar. Apa nak buat)

Dan banyak lagi. Memang kalau disebutkan, lawak pun ada. Daripada seserius perkara sampailah kepada perkara kecil yang mungkin pada orang tak logik. Tetapi itulah. Manusia ini berbeza. Apa yang kita fikir tidak sama seperti orang lain fikir.

Begitulah hidup.

Memang Tuhan suruh kita fikir. Kalau tidak, tidak diberikan akal kepada kita. Sebab itu kita istimewa.

Skop bagaimanakah yang seharusnya kita fikirkan?

Terpulang. Setiap orang ada benda yang perlu mereka fikirkan. Tetapi, cubalah segala benda yang kita fikir itu, akan membawa kita kepada dimensi baru. Yang boleh mengubah kita kepada yang lebih baik.

InsyaAllah.

*

p/s: InsyaAllah, sempena bulan Ramadhan akan keluarkan entri setiap hari mengenai Ramadhan dibawah labels "Ramadhan 2013". Skopnya berbeza. Ada mungkin tazkirah & ada mungkin kenangan. Salah satu cara untuk menyemarakkan keserononokan Ramadhan. InsyaAllah :)

Ramadhan Kareem, Allahu Akram
(Ramadhan is Generous, Allah is More Generous)

No comments: