Followers

Thursday, July 4, 2013

Persepsi Marhaen & Mesir





Salam Alaik

Hari ini, 4 Julai 2013.

Akhirnya, Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi berjaya diturunkan selepas campur tangan melalui pihak tentera. Segala cerita bagaimanakah boleh jatuh, bolehlah cari sendiri di pelbagai sumber.

Yup, ramai yang kecewa (Rakyat Malaysia yang belajar di Mesir terutamanya). Termasuklah tuan empunya blog. Sampaikan tidak dapat berfikir dengan waras dan mengikut emosi. Rasionalnya entah letak ke mana.

Kita (kebanyakannya) mungkin kecewa dengan apa yang berlaku sekarang ini. Tetapi pada masa yang sama sebagai seorang yang rasional, kena befikir daripada aspek pemikiran orang Mesir sendiri (kebanyakannya).

Mungkin kita anggap diri kita sudah cukup hadam dengan situasi politik & ekonomi di Mesir, tetapi hakikatnya apa yang kita mahukan tidak sama seperti yang rakyat Mesir (sesetengah) mahukan.

Food-Job-Economy

Jika dilihat kembali kepada punca berlakunya Tamarrud (Rebel), tiga aspek inilah yang sebenarnya menjadi modal kepada barisan pembangkang untuk memainkan isu menentang si tuan presiden. Krisis "F-J-E" yang kurang berjaya ditangani dengan baik seterusnya berjaya dimanipulasi dengan baik oleh golongan golongan pembangkang seterusnya membawa kepada kejatuhan tuan presiden.

Seringkali juga terdengar "luahan" rakyat rakyat marhaen Mesir yang mengeluh bagaimana naiknya harga barang, kejatuhan nilai Egyptian Pounds, pengenalan cukai baru, kekurangan peluang pekerjaan, bekalan elektrik yang sentiasa terputus, kekurangan bekalan petrol di pasaran dan pelbagai lagi keluhan. Memang tidak dapat dinafikan, segala masalah ekonomi ini ada kaitannya juga dengan usaha usaha pihak tertentu yang mahukan memburukkan reputasi tuan presiden. Dan mereka berjaya! Isu asas ini mungkin nampak simple tetapi berjaya dimanipulasikan dengan baik & tuan presiden juga mungkin kurang bertindak secara kolektif dalam menangani permainan politik musuhnya.

Cuba letakkan diri kita barang seketika di dalam diri seorang rakyat marhaen Mesir yang gajinya tidak sampai 300 Le sebulan, hanya mampu makan ish setiap hari & yang terpaksa merempat di jalanan. Ya, mereka mungkin kurang tahu isi permainan politik yang cuba dimainkan. Tapi sebagai rakyat biasa, mereka lebih melihat kepada hasil dan bukan usaha. Dan, perkara ini yang berjaya dimanipulasikan oleh pihak pembangkang. Menanam persepsi "Morsi tidak layak mengurus negara".

Persepsi.

Apabila berbicara mengenai soal persepsi, satu contoh yang terbaik ialah Racip Tayyib Erdogan, tuan presiden Turki. Erdogan tidak terus kepada perubahan lanskap politik Islamis tetapi dimulakan dengan menguasai isu isu asas masyarakat. Ya, isu ekonomi

# Mengawal inflasi dalam pasaran ekonomi Turki
# Memulihkan nilai Lira Turki
# Kaedah faedah dikurangkan
# Pendapatan per kapita rakyat berjaya dinaikkan.

Antara contoh isu isu ekonomi yang berjaya ditangani dengan baik oleh Erdogan. Dan ini seterusnya membawa kepada pembinaan imej positif beliau di hadapan mata rakyat. Apabila sokongan rakyat sudah mengakar, maka dasar-dasar yang membuka peluang kepada Islam mula diterapkan. Nampak susah & payah, tetapi itulah caranya dalam menanamkan dasar Islami dalam kerajaan ketika ini.

"Duit (ekonomi) bukanlah segalanya. Tetapi, segalanya (sekarang) memerlukan duit (ekonomi)"

Mahu atau tidak, persepsi  rakyat Mesir (sesetengah) kepada Dr Morsi dan IM, FJP amnya berada pada tahap yang paling rendah. Manipulasi persepsi yang berjaya dilakukan oleh pihak pembangkang, ditambah pula dengan beberapa tindakan pihak Dr Morsi yang kurang popular menambahkan lagi teruknya persepi rakyat Mesir (sesetengah) kepada Dr Morsi dan rakannya.

Tapi, adakah segalanya sudah berakhir untuk Dr Morsi? Sudah pasti tidak! FJP masih boleh melakukan comeback dalam Pilihan Raya Presiden. Mengambil kembali hak mereka secara demokrasi (sekali lagi). Tapi, mahu atau tidak, perlunya ada perubahan strategi dalam menangani pilihan raya yang baru ini. Juarai isu ekonomi dan isu asas rakyat marhaen, maka sudah pasti ada peluang yang terbuka untuk Dr Morsi dan FJP kembali ke kerusi presiden.

Dan mahu atau tidak, kepada "Egyptian" banyak ruang & sikap yang perlu diubah. Memang rakyat adalah segalanya dalam sistem demokrasi. Tetapi, apakah yang mahu diharapkan daripada seorang pemimpin yang hebat jika rakyatnya masih berada di tahap pemikiran "kanak-kanak"? Buat kerja bertangguh. Malas bekerja. Mentaliti teruk. Hanya menunggu pembanguan siap depan mata tanpa sama sama berusaha. Demonstrasti apabila tak puas hati. Ya, bukan semua yang begini. Masih ramai yang baik. Tetapi yang sedikit inilah yang menjadi nila dalam sebuah belanga yang penuh dengan susu. Rosak!

Kepada mereka yang sedih dengan situasi di Mesir sekarang, jangan terlalu bersedih. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya yang memperjuangkan agama-Nya. Mungkin ada yang lebih baik menanti. Siapalah kita untuk mengetahui?

"Bukanlah namanya perjuangan jika tiada ujian"

Mungkin inilah masanya untuk mereka yang berkenaan koreksi diri. Semak kembali mana yang tersilap. Mana yang tersalah langkah. Mengubah strategi. Mematangkan diri dalam politik kotor. Mendengar dengan lebih teliti. Dan segala jenis bentuk semakan diri.

"Islam tidak pernah kalah. Cuma belum menang sahaja"

*

Jika ditakdirkan memasuki dunia politik, antara aspek utama yang ingin diubah ialah ekonomi & pendidikan. Daripada ekonomi, boleh membina persepsi. Daripada pendidikan, boleh mengubah mentaliti.

:)

No comments: