Followers

Friday, August 2, 2013

Love Story





Salam Alaik.

Sudah jadi lumrah manusia untuk hidup berpasangan. Kumbang tertarikd dengan si bunga. Lelaki tertaik dengan sang wanita. Itulah lumrah alam yang sudah sekian lama ada di dunia ini. Malahan sejak zaman Nabi Adam lagi. Sudah azali yang lelaki memerlukan wanita dalam hidupnya. Atas sebab itulah, Hawa dicipta untuk berdampingan Adam di syurga.

And the rest is history.

Lelaki.

Wanita.

Dua ciptaan Tuhan yang seakan sama. Tetapi sangat berbeza. Berbeza daripada pelbagai aspek. Ibarat langit dan bumi bezanya. Ini adalah hakikat yang tidak dapat disangkal. Dalam kehidupan seharian kita sendiri pun, kita dapat merasakan perbezaan ketara antara lelaki & perempuan.

Contohnya

Lelaki adalah jenis "kurang" faham akan bahasa kiasan. Sedangkan bagi perempuan "meminta secara kiasan" itu adalah satu skil bagi mereka. Jika tidak faham akan perbezaan ini, maka maksud sebenar sesuatu pernyataan itu tidak sampai maksudnya.

"Abang, cantik tak Iphone 5 tu?' tanya si isteri.

"Entah. Cantik la kot" jawab si suami pula.

Dan ini merupakan salah satu contoh kepada perbezaan ketara komunikasi antara lelaki dan perempuan. Ketika para lelaki lebih bersifat "direct" dalam komunikasi mereka tetapi para wanita menggunakan skil "kiasan" dalam komunikasi mereka. Seperti yang dirujuk kepada dialog di atas, si isteri sebenarnya mahukan si suami dia membeli Iphone 5 untuk dia. Nah, nampak jelas bukan perbezaan maksud ayatnya.

Dan banyak lagi perbezaan antara lelaki & perempuan untuk dihuraikan. Terlalu banyak & kadangkala sangat kompleks. Kegagalan memahami perbezaan lelaki & perempuan inilah yang menyebabkan kepada salah faham yang besar antara lelaki & perempuan dalam pelbagai situasi kehidupan.

First rule of all,

Lelaki & Wanita itu adalah ciptaan yang sama tetapi mempunyai ciptaan yang berbeza.

*


 "Hydrogen gas Before the two atoms of hydrogen share the same electron to make 'H2', each of them needs to be near to each other. The nuclei of one of the hydrogen atoms will be attracted to the electron density of the other hydrogen atom and vice versa. However, at the same time, the nucleus from both the atoms will try to repel each other as far as possible. At the end, the two hydrogen atoms can share two electrons to form hydrogen gas"

Ini ialah konsep bagaimana Hydrogen Gas terjadi secara saintifiknya. Tetapi yang menariknya ialah daripada konsep saintifik ini kita boleh aplikasikan kepada hubungan lelaki & perempuan secara Islamik.

Kita gunakan analogi dalam memahami perkaitan konsep Hydrogen gas ini dengan hubungan lelaki & perempuan. Zaquan & Aimi.

Zaquan,seorang lelaki tertarik dengan seorang wanita bernama, Aimi. Lumrah alam, Zaquan akan cuba untuk mendekati seberapa boleh Aimi bagi mendapatkan wanita idamannya itu. Untung badan, dalamd\ diam Aimi turut menyukai Zaquan. Ibarat magnet, Zaquan & Aimi saling tertarik. Dan terjadilah satu "bond' antara Zaquan & Aimi ibarat Covalent Bond yang terdapat dalam gas Hydrogen.

Dalam gas Hyrdogen gas sendiri, terdapat dua jenis Force, Attraction Force & Repulsive Force.
Attraction Force dimana dua atom Hyrdogen akan cuba menarik satu sama lain untuk menghasilkan Covalent Bond antara mereka. Tetapi pada masa yang sama juga, atom atom ini akan menghasilkan satu force dikenali sebagai Repulsive Force yang cuba menolak atommatom ini daripada menghasilkan covalent bond.

Apakah Repulsive Force dalam perhubungan lelaki & wanita?

Mudah. Repulsive Force dapat dianalogikan kepada iman ataupun malu lelaki atau wanita itu. Repulsive Force inilah yang menjaga jarak perhubungan antara lelaki dan wanita itu. Jarak yang menepati batas syarie dan tidak melebih lebih mengikut nafsu. Makin kuat Repulsive Force yang terdapat dalam diri seseorang itu, makin berdaya tahan seseorang itu dalam mengawal dirinya.

Tetapi bagaimanakah jika Attraction Force terlalu kurang manakala Repulsive Force terlebih?

Inilah yang dinamakan jodoh. Sekuat manapun Repulsive Force atom hyrdogen it, sudah ditetapkan Allah yang atom atom hyrdogen ini tetap akan menghasilkan Covalent Bond seterusnya menghasilkan gas Hyrdogen.

Menarik bukan?

*
Umur remaja orang kata adalah umur darah muda. Sentiasa mahu mencuba sesuatu perkara yang baru. Kalau berjaya dikawal dengan baik keinginan mencuba ini, sangat baik hasilnya. Ya, salah contoh perkara yang ingin dicuba ialah bercinta. Menyukai & disukai oleh makhluk berlainan jantina.

Salahkah ada perasaan menyukai & disukai itu?

Menyukai & disukai seakan sama. Tetapi sangat berbeza maknanya. Menyukai merupakan satu perasaan yang lahir daripada kita tetapi disukai adalah perasaan yang datang daripada orang lain terhadap diri kita. Mana yang lebih baik?

Secara kasarnya, sudah pasti disukai itu lebih baik kerana kita dapat tahu ada orang yang menaruh harapan kepada kita. Jadi, kemungkinan untuk kita tidak bertepuk tangan itu tiada. Yang tinggal sama ada kita suka atau tidak.

Tetapi, jika difikir secara lebih mendalam , perbuatan kita menyukai seseorang tanpa orang itu tahu meyukai kita juga boleh memberikan kesan yang positif jika berjaya diuruskan dengan baik. Bagaimanakah caranya? Mudah cerita, kita kebiasaannya suka akan seseorang yang lebih baik daripada kita. Yang lebih dirinya daripada kita. Itulah ialah norma yang ada dalam diri kita. Mahukan seseorang yang lebih baik daripada kita untuk dijadikan teman hidup. Nah, jadi bagaimanakah?

Mudah.

Kita boleh jadikan "menyukai" itu sebagai batu loncatan untuk kita mengubahkan diri kita lebih baik dan maju ke hadapan. Berubah yang buruk kepada baik dan berubah daripada baik kepada yang lebih baik. Jadikan perasaan kita menyukai seseorang itu sebagai salah satu cara untuk kita melengkapkan diri lagi agar setanding dengan orang yang kita suka. Walaupun pada mulanya kita mungkin berubah kerana manusia, tetapi lama kelamaan niat kita berubah itu akan kerana redha-Nya.

Tak salah menyukai ataupun disukai. Yang mungkin jadi masalahnya ialah cara bagaimana kita bertindak balas terhadap situasi itu?

Fitrah bukannya perlu dihalang cuma perlu dikawal.

*

Meningkat dewasa, ramai antara kita mula berfikir soal kahwin. Soal hidup berpasangan sehidup semati. Mahu calon isteri atau suami yang begitu & begini. Yang pandai memasak, yang pandai mengemas, yang pandai segalanya mudah cerita. Kita mahukan calon yang sempurna. Langsung tiada cacat cela.

Tetapi kita terlupa perkara paling penting dalam keinginan kita untuk berkahwin itu? Bersediakah kita?

Ramai yang mahu berkahwin tetapi terlupa untuk memikir apa yang bakal ditempuhi selepas berkahwin. Soal kahwin bukanlah hanya tertumpu semasa berakad nikah sahaja & walimahnya, tetapi cabaran berkahwin yang sebenarnya datang selepas kita berakad nikah & berwalimah.

Bagi lelaki,perlu difikirkan bagaimanakah untuk menanggung isteri dan anak anak nanti? Kerana lelaki selepas berkahwin adalah mereka yang termasuk dalam kategori menanggung bukannya ditanggung lelaki. Jika dulu, kita hanya fikirkan diri kita sahaja tetapi selepas berkahwin kita perlu berfikir untuk orang laih juga. Memang berat & payah bagi mereka yang kurang bersedia. Sebab itu perlunya persediaan yang rapi & mentaliti yang betul. Sama juga halnya bagi perempuan. Sudahkan bersedia untuk mempunyai tanggungjawab tambahan yang wajib? Selepas berkahwin perlu memikirkan hal suami, anak-anak & macam macam lagi.

Nah, nampak seram bukan? Tetapi perlu mula sedar & bergerak. Generasi sekarang ialah generasi yang "berhutang". Selepas habis belajar nanti,perlu mula membayar segala macam jenis hutang. Hutang rumah, hutang kereta, hutang yuran pengajian & macam macam lagi. Sebab itu sudah perlu mula memikir & mempunyai plan hidup.

Perkara yang susah boleh dimudahkan jika kena caranya.

*
Bagaimanakah caranya jika kita menyukai seseorang itu?

Ianya berbeza bagi setiap orang bergantung kepada tahap kematangan seseorang itu. Mana mungkin semua orang mempunyai cara yang sama.Kalau begitulah gayanya, robotlah jawabnya.

Tuan empunya blog pernah mengalami perasaan menyukai & disukai. Dan juga pernah mengalami perasaan ditolak (reject). Haha. Apabila fikir balik, boleh ketawa dan lawak dibuatnya. Nampak sangat ketidakmatangannya ketika itu. Main semberono sahaja! Tetapi pengalaman mendewasakan. Kadang kadang betul juga kata pepatah "Pengalaman itu guru kehidupan".

Ibu & ayah.

Kadang kadang kita selalu terlepas pandang pandangan ibu & ayah kita. Kita lebih suka bertindak sendiri tanpa bertanyakan pendapat mereka. Jadi, mungkin adalah moleknya jika memberitahu ibu & ayah kita apa yang ada dalam perasaan kita & siapa yang kita sukai. Jika mereka kata okay, insyaAllah okaylah jawabnya.

Bukankah gembiranya kita apabila ibu & ayah bersetuju dengan pilihan kita?

Lepas itu bolehlah proceed langkah langkah seterusnya. Ynag penting mestilah mengikut syariat. Dalam mahu membina perkara yang halal, maka seharusnya kita lakukan dengan cara yang betul dan tidak bercampu dosa. Barulah nampak keberkatannya.

InsyaAllah.

Dan doa. Doa. Doa!

Dengan doa, kita boleh mengubah apa yang sudah tersurat untuk kita.

" Ya Allah, kau permudahkanlah jodoh aku dalam cara yang mudah & benar. Jika tidak, kau lapangkanlah hatiku & mudahkanlah aku untuk melupainya"

Contoh doa yang boleh diucapkan. Perlu ada pengharapan & perlu juga ada redha.

Amin.

*

Ya, post ini sangat panjang. Tetapi apa kisah. Haha. Bukan senang nak tulis panjang panjang.luls

Jumpa lagi!

:)


1 comment:

Anonymous said...

copet, klu bercrita pasal cinta mmg pakar. hahhahaa. ko masih berhutang cter dgn ku copek.

-yurihikari