Followers

Thursday, August 1, 2013

Sekarang Ini!




Salam Alaik

Akhirya, setelah sekian lama tidak menulis, dapat juga gagahkan diri menulis. luls

*

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Itu sahaja yang mampu diucapkan setelah mendapat keputusan peperiksaan Final 3rd Year. Secara jujurnya sangat lega sebab berjaya naik ke Tahun 4. Tapi ada rasa kecewa sedikit sebab gagal capai target minima, Jayyid Jiddan.

Secara keseluruhannya berjaya mendapat Jayyid. Seperti jangkaan, Pathology & Pharmacology yang jadi "slack" sikit. Haha. Tapi tidak mengapalah. Jika dibandingkan dengan segelintir rakan rakan lain yang terpaksa menempuh peperiksaan Dhur Thani,terasa diri sangat bertuah. 

InsyaAllah, tahun depan kita buat lagi baik okay?

Dan, Tahun 3 ini sebenarnya mengajar erti apa belajar.

Untuk jadi yang terbaik?

Untuk kalahkan orang lain?

Rasanya tuan empunya blog sudah punyai jawapannya.

:)
*
Kesinambungan daripada result yang okay (tak cemerlang tapi baik), akhirnya boleh juga pulang ke Malaysia dengan hati yang senang. Pulang tanpa sebarang keraguan & kebimbangan. Barulah nikmat nak balik Malaysia/

Sebenarnya sudah lama survey tiket. Selepas habis exam lagi. Asyik buka web airlines untuk check harga tiket. Tapi itulah, tak berani nak pulang awal. Sebab takut takut kena reseat paper. Dah jadi kebiasaan yang memang akan menunggu result keluar dahulu sebelum beli tiket balik Malaysia. Dah 2 tahun buat begitu. Sejak daripada First Year lagi.

Dapat keputusan peperiksaan pada pagi Khamis, 12/7/2013, petang Khamis tu dah beli tiket balik. Haha. Memang semangat. Semangat nak guna kad kredit.

Oman Airlines- 3370 LE

Harga yang sangat berbaloi & boleh tahan murahlah untuk tiket yang on the spot belinya. Yeay!

Yada. Yada. Yadaaaaaaaa!

Sampai Malaysia pada 18/7/2013 pada pukul 12.45 petang.

Alhamdulillah!

:)

*
Sebenarnya rasa berat hati juga nak balik Malaysia memandangkan ramai juga yang kena reseat paper. Sebagai Ketua Panelis mestilah ada rasa bersalah. Lebih lebih lagi, hampir semua (semua act) balik Malaysia. Jadi, boleh katakan tidak ada panelis yang tinggal untuk bantu kawan kawan yang kena reseat paper. Yang tinggal pun Ira & Najwa, mereka pun akan balik Malaysia juga.

Nasib baik.

Ada juga yang tak balik. Jadi, tertubuhnyalah Skuad Cemerlang Dhur Thani & Ibnu Sina Class Project. Nak terangkan secara terperinci memang malaslah!

Apapun, mohon doa semua agar kawan kawan dipermudahkan urusan untuk menghadapi Dhur Thani yang bakal ditempuhi. Rabbi yassir wala tuassir.

Terima kasih, Azean!

*

Balik Malaysia memang best kalau masuk bab makanan. Tetapi ada juga side effectnya. 

Hachooom! Hachooom! Hachooom!

Haa. Memang asyik bersinlah balik Malaysia. Mungkin sebab makanan. Yelah, alergik dengan belacan. Apabila makan belacan secara berlebihan, memang boleh jadi bengkak matanya dan hidung pun berair sahaja. Aigoo.

Tapi bukan selalu bukan?

Jadi, belasah je lah!

*

Balik Malaysia je mesti laptop ada masalah. Dah macamperkara wajib pula balik Malaysia mesti kena pergi hantar baiki laptop. Ish.Balik Malaysia ini ada wishlistnya yang tersendiri. Harap harapnya bolehlah pulang ke Mesir dengan membeli tab. Haha. Dah survey dah. Tunggu duit jpa masuk je nanti.

Yeah, sebab terasa pentingnya untuk memeliki gadjet yang mudah untuk menjalankan tugas sebagai setiausaha. Haha. Alasan.

Tunggu!

*

InsyaAllah, 14/8 akan pergi ke Kelantan untuk datang majlis kahwin Hadi & Ahlam. Kemungkinan besar plannya naik kereta. Mungkin dalam 3-4 hari disana. Jalan jalan mana tempat yang best & termampu. Test power juga sebelum merancang nak ke Europe contohnya bila bila nanti. Yeay!

Harap harap apa yang dirancang berjalan dengan baik hendaknya.

InsyaAllah.

:)

*

Okay, setakat itu sahaja.

:)

6 comments:

Maryam Hanani Abdul Razak said...

amboi panjangnya entri kali ni en syaufiq.nway, alfun mabruk! xlama dah nak hbis tu.. nt time HO mai la post dekat sabah. best.. :)

btw, kakak saya pegi prog mra tautan hati ke 9 tahun ni, dpt pos 2. teringit kisah grup kita pula.eheh!

Dr. Syaef said...

Haha.Lama lagi nak habis.3 tahun lebih lagi.Bulan Februari 2017 baru grad.

InsyaAllah. Memang jodohnya nakkat orang Sabah pun.luls.

hahaha

Maryam Hanani Abdul Razak said...

ammbooooiww haha.nani suruh ijaah cek sape sabahan kat sanaaa.aiyok :P patutla buat enrri love story haha

Dr. Syaef said...

Haha. Ramai sabahan sana. luls

anda pun separuh sabahan, tak mahu apply jadi calon? luls

:P

Maryam Hanani Abdul Razak said...

masih ada kosongkah? hahaha.luls

Dr. Syaef said...

masih terbuka luas. haha

:P

Bolehlah cuba untung nasib hehe