Followers

Monday, September 16, 2013

Cerita Peterpan




Salam Alaik.



Kenal siapa di atas?

Peterpan.

Zaman kanak-kanak kita pernah dihiasi oleh watak kartun ini di televisyen.

Ingat lagi tentang  Peterpan? Seorang remaja lelaki yang berbaju hijau tak akan tua. Ingat lagi tentang Neverland? Dunia fantasi dalam cerita Peterpan dimana di dunia itu sentiasa kekal muda, hijau dan sangat menarik. Ianya dunia yang tak akan mati (mengikut dalam cerita). Dunia yang penuh warna-warni dan variasi. Senang cerita, tempat yang sempurna untuk kanak-kanak.

Dunia kanak-kanak memang indah. Kita tak perlu fikir apa-apa sangat. Kita ketawa dengan gigi yang rongak pun,orang tetap kata kita comel dan kiut. Orang hanya nampak yang sempurna tentang diri kita pada ketika itu.

Kita pergi ke sekolah, belajar , berkawan. Semuanya gembira dan manis saja. Balik sekolah, terus bermain dengan rakan-rakan. Tiada apa lagi yang kita fikirkan. Tak perlu nak fikir pasal kehidupan lagi masa itu. Sebab,orang lain yang fikir untuk diri kita. Zaman kanak-kanak memang mudah kan? kalau penat,terus tidur. Kalau jatuh,kita nangis. Kemudiannya, ada orang yang yang akan angkat dan dukung kita kembali. Segalanya mudah dan enjoy.Macam Peterpan yang sentiasa happy go lucky!.

Tapi, Neverland tidak wujud. Kita membesar seiring dengan perkembangan masa.  Kalau dahulu,kita hingus meleleh pun,ibu bapa kita yang tolong lapkan, tapi kini semuanya dah berubah. semuanya kena buat sendiri. yelah, tak akanlah nak suruh lagi ibu bapa kita tolong lapkan hingus kita? Betul tak?

Begitu pantas masa meninggalkan kita,sepantas bullet train meluncur laju di landasan kereta api. Sampai kita sendiri pun tidak sedar yang kita dah lama tinggalkan dunia “Neverland” kita. Kadang-kadang,dalam benak fikiran kita akan terlintas,

“ Cepatnya masa berlalu. Kejap je aku dah besar. Dah nak fly oversea dah”

"Dah masuk tahun ke 4 dah aku belajar medik"

"Pejam pejam celik, dah habis degree aku. Lepas ni kena masuk alam kerja pula"


 Ya. Memang tak dapat dinafikan kita akan sentiasa untuk terfikir begitu seiring dengan kematangan diri kita.

Dunia dewasa pula memang sangat kompleks.Penuh dengan persoalan dan masalah. Masalah sentiasa datang . Selesai satu masalah,datang satu masalah lain. Ianya proses yang tak akan berhenti selagilah kita pejam mata kita selama-selamanya. kadang-kadang, masalah tu datang sekaligus. Kita jadi tension dan tension. Mulalah ada persoalan,

“Mengapa ada masalah je ni? tak senang hidup aku!”
Akan tetapi masalah adalah untuk dihadapi bukan untuk melarikan diri. Kematangan diperolehi daripada pengalaman kita melalui situasi seperti ini.Sebab itu,tahap kematangan seseorang berbeza. Hidup adalah menegenai ke hadapan, hadapan dan hadapan. Tidak ke belakang. Masa yang berlalu tidak boleh diputar kembali.

‘Aku nak jadi kanak-kanak selama-selamanya”

“Aku belum bersedia jadi seorang dewasa”

Sememangnya, kadang-kadang kita akan terfikir begitu. Tak mahu jadi besar untuk selama-lamanya. Seperti Peterpan yang tidak akan tua. sentiasa kekal muda. Tapi,sudah sunnatullah. Yang kecil akan menjadi besar. Yang muda akan menjadi tua. Ianya hukum alam yang tak boleh disangkal lagi.

Satu babak dalam Peterpan, yang Mungkin boleh mengajar kita ialah ketika Peterpan jumpa Wendy yang dah besar. Bukan kanak-kanak lagi. Peterpan terkejut.

“Mengapa aku masih begini.sedangkan orang lain sudah berubah”

Itu yang sepatutnya Peterpan cakap. kita perlu berubah. Berubah daripada aspek apa? 

Kematangan! 

Ya, kita perlu menjadi matang. Hidup bukan hanya mengenai dunia penuh warna-warni zaman kanak-kanak. tetapi,lebih daripada itu.

Peterpan sentiasa wujud dalam minda kita. Tapi,mana dia pergi? 

Ianya sebuah memori yang akan membantu kita dalam maju kehadapan. Sudah sampainya masanya, kita ucapkan selamat tinggal kepada Peterpan dan Neverland. 

We have to grow up!

 Hidup kita Mungkin tidak berubah, tetapi ujian yang datang dalam bentuk tekanan,kesibukan,kebahagiaan, kekecewaan ataupun kegembiraan yang membuatkan kita nampak berbeza dari zaman kanak-kanak kita. Daripada berusaha untuk menjadi kanak-kanak sentiasa,lebih baik kita berusaha untuk menjadi seorang dewasa. 



 .
.
.

"Selamat Tinggal Peterpan!"


No comments: