Followers

Wednesday, October 1, 2014

Realiti Yang Tidak Dapat Disembunyikan



Salam Alaik.

Sehingga ke hari ini, sudah 4 tahun belajar medik Satu tempoh masa yang panjang tetapi sangat sekejap apabila difikirkan balik sebenarnya. Dalam tempoh 3 tahun lagi, mungkin akan bergraduasi sebagai seorang graduan perubatan Universiti Zagazig, Mesir. Siapakah yang tahu apakah yang berlaku dalam tempoh masa 3 tahun ini? Mungkin dipanjangkan umur. Mungkin juga tidak.

Mengimbau kembali beberapa tahun yang lepas, mungkin semasa Tingkatan 1-3, bidang medik jelaslah bukan pilihan utama. Masih teringat lagi ketika, ruangan cita cita ditulis dengan perkataan detektif penyiasat  pada pilihan pertama, chef pada pilihan kedua dan juga pelukis& sasterawan  pada pilihan ketiga. Jauh berbeza jika dibandingkan hala tuju yang sedang dilalui ketika ini. Tiga ratus enam puluh darjah berbeza.

Ketika Tingkatan 1 dahulu, sudah beberapa cerpen dituliskan dan cerpen yang ditulis itu mendapat pujian cikgu ketika itu. Terasa bersemangat untuk menjadi seoarang penulis. Mungkin kemuncaknya adalah ketika Tingkatan 4, semasa berada di Kolej Islam. Ketika itu penghujung tahun Tingkatan 4. Peperiksaan akhir sudah pun tamat dan keputusan juga telah diketahui. Bagi mengisi kelompongan masa sebelum bermulanya cuti panjang musim sekolah telah diadakan Bengkel Penulisan bersama Faisal Tehrani. Sempat juga diri menghantar 2 cerpen yang dibuat pada malam sebelumnya kepada beliau untuk dibaca.

" Cerita yang ditulis oleh pelajar ini sangat menarik"

Masih terngiang ngiang lagi katanya itu sehingga ke hari ini. Implikasinya, ia makin menyemarakkan lagi rasa dan semangat untuk menjadi seorang penulis.

Ketika berada di Tingkatan 2 juga,mungkin akibat pengaruh manga Jepun yang meluas ketika itu, pernah juga melukis komik 20 muka surat. Terfikir juga untuk terlibat secara serius dalam bidang lukisan dengan mengeluarkan komik bersiri setaraf mangaka Jepun yang terkenal.

Mengenang kembali masa dahulu mengenai diri sendiri terasa satu kenangan yang sukar dilupakan.

Mungkin masih tertanya tanya bagaimanakah daripada berimpian menjadi seorang penulis & pelukis bertukar arah menjadi seorang doktor?

Jelas sekali pilihan Tuhan itu sangat cantik dan tersusun. Kerjaya doktor satu masa dahulu merupakan kerjaya yang paling tidak diinginkan.Paling bukan berada dalam senarai pilihan. Dan, terasa masih lagi tercari cari definisi dan makna sebenar menjadi seorang doktor dalam diri ini.

Pernah bertanya kepada beberapa orang lain mengenai soalan ini.

"Mengapakah kau nak jadi doktor?"

Dan sudah semesti jawapanya berbeza mengikut tafsiran masing masing. Ada yang menjawab kerana ianya cita cita, ada yang berkata ianya kerana terpaksa, ada yang membalas untuk menegakkan agama Islam dan bermacam macam jawapan lagi.

Apa pun jua sebab yang di lontarkan untuk mengiakan tindakan kita menjadi doktor, tidak dapat tidak sudah terpundak seakan satu beban dan tanggungjawab sebaik sahaja bergelar seorang pelajar perubatan dan lebih penting lagi seorang doktor.

Bukanlah hak kita untuk bersikap lewa ketika belajar kerana kelak di tangan kitalah mungkin beribu nyawa menjadi pertaruhan. Tidak kisahlah atas alasan apa sekalipun untuk menjadi seorang doktor, mahu atau tidak tanggungjawab yang terbentang di hadapan mata mestilah dipenuhi.

Mungkin ramai yang tidak mengerti, tetapi perlu juga harus dilalui.

Akhirnya jua, kita adalah manusia yang tidak dapat lari.

Bukankah?














Monday, August 18, 2014

Jadi



Mudah untuk menyukai seseorang.

Tetapi payah untuk mendapatkannya.

Menjadi teman hidup kita.

Dalam masa yang sama

Kita mungkin telah terlepas

Apa apa yang sepatutnya kita perolehi.

Jadi?

Terpulanglah pada diri sendiri.

Mahu yang mana

Jika mahu, katakan mahu.

Cuba

Dan cuba

Selagi ianya tidak termaktub.

Menarik bukan?

Saturday, April 19, 2014

Family Siswa AQ Zagazig 2014





Salam Alaik.

*

Alhamdulillah, hampir 3 tahun sudah terlibat dengan organisasi Siswa AQ Zagazig sejak dari tahun 2011 lagi. Bermula dengan jawatan Exco Akademik, kemudian naik pangkat menjadi Setiausaha dan sekarang diberikan amanah sebagai Ketua Siswa/Pengerusi. 

Banyak benda dipelajari sepanjang terlibat dengan Siswa AQ Zagazig. Mahu atau tidak, Siswa AQ telah menyediakan medan latihan untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Jika diimbas kembali, jika dahulu seorang yang mudah marah dan hanya mahukan pendapatnya diterima tetapi sekarang Alhamdulillah, sudah semakin sabar dan tenang serta boleh menerima pendapat orang lain.

Itulah seronoknya berorganisasi dan berinteraksi dengan orang yang pelbagai latar belakang dalam satu organisasi. Kita boleh mengenal orang dan saling melengkapi satu sama lain bagi menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Sepanjang 3 tahun bersama Siswa AQ, pelbagai ragam manusia dapat dilihat dan semuanya memberi pelajaran yang berguna kepada diri.
Cerita terlibat dengan Siswa AQ bermula pada Julai 2011. Ketika itu, Fitri datang ke rumah bagi menawarkan jawatan Exco Ekonomi. Tetapi entah bagaimana, ketika itu laju sahaja meminta kepada Fitri agar ditawarkan jawatan Exco Akademik.

(Yup. Dahulu memang gila jawatan sedikit. Haha)

Seterusnya bak orang Inggeris kata

"The rest is history"

Alhamdulillah.

Sekalipun tidak pernah menyesal terlibat dengan Siswa AQ. Malahan sangat bersyukur diberikan peluang oleh Allah untuk terlibat dengan Siswa AQ. Walaupun pada awalnya, memang sangat berhajat untuk menjadi Exco PCZ.

"Manusia merancang, Allah jua merancang. Maka, Allah jualah sebaik baik perancang"
*

Muhasabah sesama Exco.

 
Muhasabah terhadap diri.




Sejujurnya ramai yang lagi hebat daripada diri ini. Mereka semua mempunyai kelebihan masing masing yang diri ini tidak ada. Jika dibandingkan dengan diri ini, rasa kerdil sangat. InsyaAllah segala teguran yang ditulis dalam kertas itu akan diambil dan dibaiki. 


Manusia kan boleh berevolusi menjadi lebih baik.

Kan?

Cuma kena sentiasa berlapang dada dan terbuka dalam menerima nasihat dan teguran orang. Kadang kadang, diri kita sendiri tidak tahu apa yang kita kurang. Itulah pentingnya kawan. Merekalah yang mampu melihat apa yang disebalik cerminan diri kita.

*

Family Siswa AQ Zagazig 2014.

(SYAUFIQ- KUWE- IRA-SHASHA-FAIZ-  FAYYAD- NURUL- 
SUHAIB- FARHANAH- HARIZ- IRHAM- IMAD- AHYA- AFIQ- FIFAH- ZAHIN- YA)
*
 Ohana means family.

Family means nobody gets left behind or forgotten.

Memories never fade.

Although, the body are not together but the soul do.

Thank you.

For the sweet, sour, bitter and others.

Till last breath of life, sure

I'll remember this.

That's my promise.

:)

*

The End






Sunday, February 9, 2014

Mengapa?





Salam Alaik.

"Mengapa?"

Tajuk entri yang terbaru. Sebenarnya maksud tersirat di sebalik tajuk entri itu ialah Mengapakah tuan penulis blog menulis di blog? Secara tiba tiba terfikir mengenai benda ni. 

Jadi mengapakah menulis blog?

Tak dapat dinafikan semasa mula mula ada blog dahulu (sekitar Januari 2010), antara sebab utamanya ialah terinspirasi dengan ex schoolmate yang mempunyai blog. Masa itu letusan fenomena facebook, twitter dll. Ditambahkan lagi pula masa itu baru habis spm. Memang sangatlah banyaknya masa terluang.

Apabila tengok balik entri entri lama dahulu, tersenyum kecil. Tak sangka dulu passion untuk menulis blog sangat tinggi. Semua cerita dan kisah mahu ditulis. Memang menarik kalau dibaca kembali. Ada 133 entri pada tahun 2010. Banyak. Tak sangka pernah menulis sebanyak itu.

Tetapi lama kelamaan, jumlah entri dari setahun ke setahun bolehlah mengalami penurunan yang mendadak. Ada 27 entri sahaja tahun lepas. Tahun ini?

Jadi.

Apakah sebenarnya tujuan penulis blog menulis?

Secara jujurnya, masa awal awal dahulu, menulis blog sebab nak famous. Nak dapatkan bilangan follower yang ramai. Nak dapatkan komen entri berpuluh puluh. Mahu dapatkan views beribu ribu.

Tetapi bak kata orang, masa boleh merubah sesuatu.

Di umur 21 tahun 2 bulan lebih ini, terasa sudah mengalami sindrom hilangnya passion menulis. Banyak sahaja perkara yang terjadi. Banyak sahaja perkara yang boleh diceritakan. Banyak sahaja isu yang mahu dilontarkan pendapatnya. 

Mengapakah?

Mengapakah susah sangat mahu menulis?

.
.

Writer's block mungkin?



Monday, January 13, 2014

Cerita Saya



Salam Alaik.

Jika pernah membaca entri yang  terbaru sebelum ini, pastikan akan terperasaan dengan azam saya yang bernombor 13.

"Approach si dia"

Walaupun, azam itu ditulis untuk angka yng terakhir tetapi perancangan Allah, itulah azam pertama yang dibuat untuk tahun ini. 

Jadi apa jawapannya?

Secara kasarnya, "confession" atau "approach" saya ditolak.

Walaupun, saya bertanya sama ada dia sudah mempunyai orang atau belum, dia menjawab tiada. Tidak tahulah sama ada betul ataupun tidak. Wallahualam.

Perasaan saya?

Sudah semestinya terasa sakit. Tipulah jika saya katakan yang jiwa saya tidak sakit.

Tetapi, terasa sesuatu kelegaan kerana berjaya meluahkan apa yang pernah terpendam di hati. Sekurang kurangnya saya tidak perlu lagi menanggung bebanan di hati. 

Masih terselit hikmah di sebalik penolakan.

Namun begitu, di sebalik penolakan itu, masih ada juga sinar harapan walaupun saya lebih suka mengandaikannya kepada penolakan kerana tidak mhu diri sendiri terlalu berharap. Kelak, akan jatuh lebih sakit.

Saya berkata

" Jika tiada sesiapa lagi ketika ini, izinkan saya menunggu"

Tidak takutkah kalau hasilnya tidak sama seperti yang diharapkan?

"Tidak mengapa"

*

"Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Begitu juga sebaliknya"

Penolakan ini membuatkan diri untuk bermuhasabah. Mana yang kurang yang di dalam diri. Orang yang disukai itu boleh katakan setahap lebih tinggi daripada diri saya ketika ini. Jadi, secara logiknya, perlulah jadi lebih baik dan hebat. Kerana lelaki adalah pemimpin kepada wanita.

Bukan mudah untuk menghadapi. Tetapi tidak pernah sesekali mustahil.

Saya suka membaca Sebelum Aku Bernikah karya Hilal Asyraf.

 Kelihatan refleksi kepada diri sendiri ketika ini.

"Bersamanya ke syurga"

Bukan semestinya menjadi suami isteri ke syurga.

 Asalkan sama sama berada di dalam syurga itulah maksudnya.

Memang tidak mudah. Tetapi perasaan itu perlu ditangani dengan bijak dan rasional.

Perjalanan hidup ini masih baru kecil nilainya. Mungkin inilah masanya untuk saya memperbaiki diri, konsisten dengan apa yang sudah dibuat sebelum ini dan mencapai apa yang telah diazamkan.

Hakikatnya, masih terselit banyak kebaikan.

*

Peluang itu tidak pernah tertutup rapat. Masih ada sinar harapan.

Tetapi saya memilih untuk terus berdoa. Dan tidak meletakkan harapan palsu kepada diri sendiri. 

Ketika inilah, Allah menilai usaha hamba-Nya. Bagaimana hamba-Nya istiqamah terhadap Dia walaupun sudah diuji. Hakikatnya, Allah itu melihat usaha. Daripada usaha itulah, Allah berikan hasilnya.


Moga Allah berikan yang terbaik.

Kepada saya dan semua.

:)

*

syaufiq effendy






Tuesday, January 7, 2014

2013 & 2014

Salam Alaik.

Alhamdulillah. Sudah hampir seminggu tahun 2014. Syukur sebab masih diberikan peluang oleh Allah untuk terus bernafas di dunia ini. Tahun 2013 selamat ditempuhi dengan jayanya. 

Bercerita tentang 2013, semestinya ada cerita disebalik 2013. Sama ada suka ataupun duka. Boleh katakan tahun 2013 ialah tahun yang meningkatkan diri ke satu tahap yang lain. 

A step forward.

"Tahun 2013 ialah tahun dimana berada dalam 3rd year's medic"

Serius, rasa syukur sangat sebab berjaya lepas naik ke tahun 4. Memang tekanan semasa exam. Lebih manis lagi apabila hampir semua pelajar tahun 3 berjaya ke naik tahun 4. Tetapi , matlamat zap 4th batch untuk 100% pelajar naik ke Tahun 4 tidak tercapai. :')

"Tahun 2013 juga ialah tahun di mana baru nampak sebenarnya realiti perbandingan sistem medik di Malaysia dan di Mesir"

Jujurnya jika tidak sebab isu pindah kredit mungkin sekarang masih berada dalam awangan. Tidak sedar realiti perbezaan kualiti lepasa Mesir dan lepasan tempatan. Setiap perkara ada hikmahnya.

" Tahun 2013 ialah juga tahun suka orang (sangat tidak boleh blah)"

Ada orang yang disukai. Ada juga orang yang menyukai. Kadang kadang rasa excited tetapi sebenarnya lebih kepada rasa takut. Sebab takut berulang perkara yang sama. Jadi sekarang mengambil langkah yang sepatutnya.Hehe
*

2014

Tahun 2014 bermakna umur menghampiri 22 tahun. Banyak perkara yang perlu dihadapi dan difikirkan. Bukan satu tahun yang mudah. Semestinya ada cabaran yang perlu dihadapi. 

Dan sudah semestinya mempunyai azam!

1) Mendapat Jayyid Jiddan & Mumtaz dalam final exam.

2) Mengumpul duit untuk perancangan masa depan (Target: RM 2000)

3) Memberi duit raya kepada adik adik & saudara.

4) Belanja ibu & ayah semasa hari raya nanti.

5) Menjadi imam di surau Taman Sri Kesang.

6) Lebih mendalami ilmu agama.

7) Memantapkan diri dalam ilmu medik.

8) Mengarang satu buku.

9) Menulis dan mengeluarkan lebih banyak artikel akademik.

10) Menjadi baik dengan semua orang.

11) Mengurangkan kontroversi diri sendiri.

12)  Menghafal Al-Quran (Target 3 juzu' sekurang kurangnya tahun ni)

13) Approach si dia. luls

Apabila baca balik azam azam ini. Sebenarnya insyaAllah boleh dicapai. Moga dipermudahkan.

:)

Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014!