Followers

Monday, January 13, 2014

Cerita Saya



Salam Alaik.

Jika pernah membaca entri yang  terbaru sebelum ini, pastikan akan terperasaan dengan azam saya yang bernombor 13.

"Approach si dia"

Walaupun, azam itu ditulis untuk angka yng terakhir tetapi perancangan Allah, itulah azam pertama yang dibuat untuk tahun ini. 

Jadi apa jawapannya?

Secara kasarnya, "confession" atau "approach" saya ditolak.

Walaupun, saya bertanya sama ada dia sudah mempunyai orang atau belum, dia menjawab tiada. Tidak tahulah sama ada betul ataupun tidak. Wallahualam.

Perasaan saya?

Sudah semestinya terasa sakit. Tipulah jika saya katakan yang jiwa saya tidak sakit.

Tetapi, terasa sesuatu kelegaan kerana berjaya meluahkan apa yang pernah terpendam di hati. Sekurang kurangnya saya tidak perlu lagi menanggung bebanan di hati. 

Masih terselit hikmah di sebalik penolakan.

Namun begitu, di sebalik penolakan itu, masih ada juga sinar harapan walaupun saya lebih suka mengandaikannya kepada penolakan kerana tidak mhu diri sendiri terlalu berharap. Kelak, akan jatuh lebih sakit.

Saya berkata

" Jika tiada sesiapa lagi ketika ini, izinkan saya menunggu"

Tidak takutkah kalau hasilnya tidak sama seperti yang diharapkan?

"Tidak mengapa"

*

"Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Begitu juga sebaliknya"

Penolakan ini membuatkan diri untuk bermuhasabah. Mana yang kurang yang di dalam diri. Orang yang disukai itu boleh katakan setahap lebih tinggi daripada diri saya ketika ini. Jadi, secara logiknya, perlulah jadi lebih baik dan hebat. Kerana lelaki adalah pemimpin kepada wanita.

Bukan mudah untuk menghadapi. Tetapi tidak pernah sesekali mustahil.

Saya suka membaca Sebelum Aku Bernikah karya Hilal Asyraf.

 Kelihatan refleksi kepada diri sendiri ketika ini.

"Bersamanya ke syurga"

Bukan semestinya menjadi suami isteri ke syurga.

 Asalkan sama sama berada di dalam syurga itulah maksudnya.

Memang tidak mudah. Tetapi perasaan itu perlu ditangani dengan bijak dan rasional.

Perjalanan hidup ini masih baru kecil nilainya. Mungkin inilah masanya untuk saya memperbaiki diri, konsisten dengan apa yang sudah dibuat sebelum ini dan mencapai apa yang telah diazamkan.

Hakikatnya, masih terselit banyak kebaikan.

*

Peluang itu tidak pernah tertutup rapat. Masih ada sinar harapan.

Tetapi saya memilih untuk terus berdoa. Dan tidak meletakkan harapan palsu kepada diri sendiri. 

Ketika inilah, Allah menilai usaha hamba-Nya. Bagaimana hamba-Nya istiqamah terhadap Dia walaupun sudah diuji. Hakikatnya, Allah itu melihat usaha. Daripada usaha itulah, Allah berikan hasilnya.


Moga Allah berikan yang terbaik.

Kepada saya dan semua.

:)

*

syaufiq effendy






Tuesday, January 7, 2014

2013 & 2014

Salam Alaik.

Alhamdulillah. Sudah hampir seminggu tahun 2014. Syukur sebab masih diberikan peluang oleh Allah untuk terus bernafas di dunia ini. Tahun 2013 selamat ditempuhi dengan jayanya. 

Bercerita tentang 2013, semestinya ada cerita disebalik 2013. Sama ada suka ataupun duka. Boleh katakan tahun 2013 ialah tahun yang meningkatkan diri ke satu tahap yang lain. 

A step forward.

"Tahun 2013 ialah tahun dimana berada dalam 3rd year's medic"

Serius, rasa syukur sangat sebab berjaya lepas naik ke tahun 4. Memang tekanan semasa exam. Lebih manis lagi apabila hampir semua pelajar tahun 3 berjaya ke naik tahun 4. Tetapi , matlamat zap 4th batch untuk 100% pelajar naik ke Tahun 4 tidak tercapai. :')

"Tahun 2013 juga ialah tahun di mana baru nampak sebenarnya realiti perbandingan sistem medik di Malaysia dan di Mesir"

Jujurnya jika tidak sebab isu pindah kredit mungkin sekarang masih berada dalam awangan. Tidak sedar realiti perbezaan kualiti lepasa Mesir dan lepasan tempatan. Setiap perkara ada hikmahnya.

" Tahun 2013 ialah juga tahun suka orang (sangat tidak boleh blah)"

Ada orang yang disukai. Ada juga orang yang menyukai. Kadang kadang rasa excited tetapi sebenarnya lebih kepada rasa takut. Sebab takut berulang perkara yang sama. Jadi sekarang mengambil langkah yang sepatutnya.Hehe
*

2014

Tahun 2014 bermakna umur menghampiri 22 tahun. Banyak perkara yang perlu dihadapi dan difikirkan. Bukan satu tahun yang mudah. Semestinya ada cabaran yang perlu dihadapi. 

Dan sudah semestinya mempunyai azam!

1) Mendapat Jayyid Jiddan & Mumtaz dalam final exam.

2) Mengumpul duit untuk perancangan masa depan (Target: RM 2000)

3) Memberi duit raya kepada adik adik & saudara.

4) Belanja ibu & ayah semasa hari raya nanti.

5) Menjadi imam di surau Taman Sri Kesang.

6) Lebih mendalami ilmu agama.

7) Memantapkan diri dalam ilmu medik.

8) Mengarang satu buku.

9) Menulis dan mengeluarkan lebih banyak artikel akademik.

10) Menjadi baik dengan semua orang.

11) Mengurangkan kontroversi diri sendiri.

12)  Menghafal Al-Quran (Target 3 juzu' sekurang kurangnya tahun ni)

13) Approach si dia. luls

Apabila baca balik azam azam ini. Sebenarnya insyaAllah boleh dicapai. Moga dipermudahkan.

:)

Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014!