Followers

Monday, January 13, 2014

Cerita Saya



Salam Alaik.

Jika pernah membaca entri yang  terbaru sebelum ini, pastikan akan terperasaan dengan azam saya yang bernombor 13.

"Approach si dia"

Walaupun, azam itu ditulis untuk angka yng terakhir tetapi perancangan Allah, itulah azam pertama yang dibuat untuk tahun ini. 

Jadi apa jawapannya?

Secara kasarnya, "confession" atau "approach" saya ditolak.

Walaupun, saya bertanya sama ada dia sudah mempunyai orang atau belum, dia menjawab tiada. Tidak tahulah sama ada betul ataupun tidak. Wallahualam.

Perasaan saya?

Sudah semestinya terasa sakit. Tipulah jika saya katakan yang jiwa saya tidak sakit.

Tetapi, terasa sesuatu kelegaan kerana berjaya meluahkan apa yang pernah terpendam di hati. Sekurang kurangnya saya tidak perlu lagi menanggung bebanan di hati. 

Masih terselit hikmah di sebalik penolakan.

Namun begitu, di sebalik penolakan itu, masih ada juga sinar harapan walaupun saya lebih suka mengandaikannya kepada penolakan kerana tidak mhu diri sendiri terlalu berharap. Kelak, akan jatuh lebih sakit.

Saya berkata

" Jika tiada sesiapa lagi ketika ini, izinkan saya menunggu"

Tidak takutkah kalau hasilnya tidak sama seperti yang diharapkan?

"Tidak mengapa"

*

"Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Begitu juga sebaliknya"

Penolakan ini membuatkan diri untuk bermuhasabah. Mana yang kurang yang di dalam diri. Orang yang disukai itu boleh katakan setahap lebih tinggi daripada diri saya ketika ini. Jadi, secara logiknya, perlulah jadi lebih baik dan hebat. Kerana lelaki adalah pemimpin kepada wanita.

Bukan mudah untuk menghadapi. Tetapi tidak pernah sesekali mustahil.

Saya suka membaca Sebelum Aku Bernikah karya Hilal Asyraf.

 Kelihatan refleksi kepada diri sendiri ketika ini.

"Bersamanya ke syurga"

Bukan semestinya menjadi suami isteri ke syurga.

 Asalkan sama sama berada di dalam syurga itulah maksudnya.

Memang tidak mudah. Tetapi perasaan itu perlu ditangani dengan bijak dan rasional.

Perjalanan hidup ini masih baru kecil nilainya. Mungkin inilah masanya untuk saya memperbaiki diri, konsisten dengan apa yang sudah dibuat sebelum ini dan mencapai apa yang telah diazamkan.

Hakikatnya, masih terselit banyak kebaikan.

*

Peluang itu tidak pernah tertutup rapat. Masih ada sinar harapan.

Tetapi saya memilih untuk terus berdoa. Dan tidak meletakkan harapan palsu kepada diri sendiri. 

Ketika inilah, Allah menilai usaha hamba-Nya. Bagaimana hamba-Nya istiqamah terhadap Dia walaupun sudah diuji. Hakikatnya, Allah itu melihat usaha. Daripada usaha itulah, Allah berikan hasilnya.


Moga Allah berikan yang terbaik.

Kepada saya dan semua.

:)

*

syaufiq effendy