Followers

Sunday, February 9, 2014

Mengapa?





Salam Alaik.

"Mengapa?"

Tajuk entri yang terbaru. Sebenarnya maksud tersirat di sebalik tajuk entri itu ialah Mengapakah tuan penulis blog menulis di blog? Secara tiba tiba terfikir mengenai benda ni. 

Jadi mengapakah menulis blog?

Tak dapat dinafikan semasa mula mula ada blog dahulu (sekitar Januari 2010), antara sebab utamanya ialah terinspirasi dengan ex schoolmate yang mempunyai blog. Masa itu letusan fenomena facebook, twitter dll. Ditambahkan lagi pula masa itu baru habis spm. Memang sangatlah banyaknya masa terluang.

Apabila tengok balik entri entri lama dahulu, tersenyum kecil. Tak sangka dulu passion untuk menulis blog sangat tinggi. Semua cerita dan kisah mahu ditulis. Memang menarik kalau dibaca kembali. Ada 133 entri pada tahun 2010. Banyak. Tak sangka pernah menulis sebanyak itu.

Tetapi lama kelamaan, jumlah entri dari setahun ke setahun bolehlah mengalami penurunan yang mendadak. Ada 27 entri sahaja tahun lepas. Tahun ini?

Jadi.

Apakah sebenarnya tujuan penulis blog menulis?

Secara jujurnya, masa awal awal dahulu, menulis blog sebab nak famous. Nak dapatkan bilangan follower yang ramai. Nak dapatkan komen entri berpuluh puluh. Mahu dapatkan views beribu ribu.

Tetapi bak kata orang, masa boleh merubah sesuatu.

Di umur 21 tahun 2 bulan lebih ini, terasa sudah mengalami sindrom hilangnya passion menulis. Banyak sahaja perkara yang terjadi. Banyak sahaja perkara yang boleh diceritakan. Banyak sahaja isu yang mahu dilontarkan pendapatnya. 

Mengapakah?

Mengapakah susah sangat mahu menulis?

.
.

Writer's block mungkin?



No comments: