Followers

Monday, March 2, 2015

Farewell.

Sudah hampir 5 tahun menulis dalam blog ini. Bermula daripada Januari 2010, selepas tamatnya SPM dahulu. Satu jangka masa yang sangat lama dan panjang. Dalam tempoh itu, pelbagai perkara yang berlaku dan terjadi. Semuanya memberikan kesan dan nostalgia kepada perjalanan hidup ini. Setiap apa-apa yang ada pasti ada hikmahnya.

Apakah yang membuatkan diri ini untuk menulis blog ini?

Jika ditanyakan soalan ini 5 tahun yang lepas, mungkin jawapan yang diberikan ialah sebab ingin ikut trend yang semasa yang gemar berblog ketika itu. Dan sebab itulah yang membawa kepada tulisan-tulisan yang pernah tertulis dalam blog ini di awal jangka masa blog ini. Tidak dapat dinafikan yang menulis blog ketika itu merupakan satu kepuasan. Menulis yang terbayang di kepala dan yang terlintas di hati, ianya satu cara untuk meluahkan perasaan. Mungkin? Haha.

Tahun demi tahun berlalu, jika perasaan gaya penulisan sudah berubah. Pemikiran juga sudah berubah. Mungkin inilah yang dikatakan perubahan ataupun kematangan?

“Syaufiq, kau dah tak tulis blog lagi ke sekarang? Aku baca kot blog ko dulu”

“Aku baca blog ko. Best”

Jujur. Tidak ada jawapan yang kukuh kenapa semakin lama, semakin tidak diri ini menulis blog. Mungkin tiada idea? Padahal, banyak sahaja yang terlintas di dalam kepala ini. Akan tetapi, ianya seakan-akan mati apabila sahaja tangan mula memegang keyboard untuk menulis. Tidak dapat jari jemari ini menari mengikut rentak yang terpampang di minda.

*

Hahaha.

Diri ini ketawa apabila membaca kembali entri-entri lama. Tidak sangka pernah menulis entri sebegitu. Boleh tahan tak matang juga dulu la kan? Tersenyum sendirian membaca apa-apa yang pernah ditulis. Ada mengenai perancangan hidup, cinta dan lain-lain.

Membacanya sekarang membuatkan diri ini merefleksi kembali. Sama ada masih ditakuk lama ataupun mungkin sudah berubah. Jelas. Ianya berbeza mengikut situasi dan pendapat.

Ada perkara yang masih ditakuk lama.

Ada juga perkara yang sudah jauh berubah.

Itulah manusia. Tidak akan pernah sempurna. Begitu juga diri ini. Maaf.

*


Terima kasih kepada pembaca yang setia membaca blog ini. Sehinggakan masih yang ada meminta untuk menulis kembali. Terasa senyuman melebar apabila orang berkata yang mereka membaca blog picisan ini. Itulah penyambung tanda hayat selama ini menulis dalam blog ini.

Banyak benda yang ditulis dalam blog ini. Akan tetapi, ada benda dan juga prinsip yang masih dipegang sampai sekarang. Ada juga yang telah berubah. Begitulah. Semakin berusia, sepatutnya nilai kematangan itu semakin bertambah. Sepatutnyalah. InsyaAllah.

Terima kasih kepada seorang pembaca setia blog ini. Sehinggakan terjatuh hati? Haha.
Rasanya, masa menulis itu tiada pun membaca jampi pengasih. Mungkin apa-apa yang dibaca itu memberikan impresi yang baik. Akan tetapi apabila sudah kenal sebenarnya, mesti ada cacat celanya penulis blog ini. Apapun jujurnya andalah antara yang menyebabkan hayat blog ini panjang sebegini.


Terima kasih.


*

Mungkin ini adalah entri terakhir dalam blog ini. Mungkin juga tidak. Apa yang pasti, blog ini tidak akan didelete. Cuma akan bersawang untuk tempoh yang lama dan mungkin juga selama-lamanya.

InsyaAllah selepas ini akan menulis di blog baru. Blog yang lebih dekat dengan jiwa ini sebagai seorang pelajar perubatan dan bakal doktor.

InsyaAllah.

*

Farewell, Evolusi Syaufiq.

1 comment:

Maryam Hanani Abdul Razak said...

keep writingg. sekali sethun pun jadilah:(