Followers

Sunday, November 29, 2015

Benci Bahagia.


*

Kau kata kau benci aku,
untuk segala yang berlaku antara kita.

Mungkin jua kau tersilap,
Aku tiada pernah membenci,
Kerana kau pernah buatku rasa diapresiasi,
Juga buat aku dihormati,
Tidak mampu aku membenci, 
Untuk orang yang pernah meninggalkan memori.

Mungkin kau nampak raut & laku-ku seakan membenci,
Akan tetapi jika punya ruang, inginku ubah cerita ini,
Mulakan yang belum bermula,
Akhirkan yang sudah ada,
Itulah.

Sudah tertulis & ditakdir,
Khuatirku mu sudah bertanda,
Jadi mimpiku bahagia,
Melihat kau tersenyum gembira.

Aku bahagia,

:)

*


No comments: