Followers

Sunday, November 29, 2015

Paksa Rayu



*

Aku seorang manusia,
Mahu dicinta dan bercinta,
Berbahagia bersama,
Hingga ke syurga.
Aku hanyalah manusia biasa.

Aku pernah merasa,
Dicintai juga mencintai,
Seakan-akan sama,
Hakikatnya jauh berbeza.

Aku hanya mahu sedikit ruang berkata,
Jangan pernah merayu untuk disayangi.

Jika diri-mu meminta untuk bersama,
Seperti pengemis di jalanan,
Itu hanyalah paksaan,
Itu hanyalah kasihan,
Itu hanyalah satu manifestasi ketakutan.

Usah dipaksa jika tiada,
Tidak perlu merayu hingga terduduk,
jika dia tidak punya hati yang sama.

Apabila kau memaksa,
Hati itu tidak pernah selesa,
Takut akan kehilangan tanpa diduga,
Penuh dengan cemburu buta.

Usah disakiti diri sendiri,
Hati yang lama menahan,
Jika dibiarkans sahaja,
Akan terus sakit tanpa boleh dirawat.

Pergi.
Usah dipaksa.
Usah dirayu.
Biarkan jiwamu mengerti,
Kebebasan hakiki.

No comments: