Followers

Saturday, December 19, 2015

Melayu dan Cina : Realiti di Sebalik Harmoni



*

Melayu dan Cina: Realiti di Sebalik Harmoni

Permulaan

           Seringkali polemik antara kaum Melayu dan kaum Cina digunakan oleh pihak tertentu sebagai modal politik mereka. Persespi berburuk sangka antara satu sama lain merupakan perkara berulang sejak zaman British memerintah lagi. Hakikatnya dasar pecah dan perintah British masih lagi meninggalkan implikasinya dalam komuniti masyarakat kini. Buruk sangka dan juga tidak percaya satu sama lain masih lagi menebal menguasai mentaliti masyarakat.

           Bagi memahami mengapakah perasaan buruk sangka ini masih menebal, perlulah dilihat kembali sejarah Tanah Melayu di awal abad ke-20, di manakah letak duduknya kaum Melayu dan kaum Cina ketika itu. Seperti yang diketahui, kaum Melayu adalah merupakan penduduk asal Tanah Melayu itu sendiri. Walau ada yang mempertikaikan status penduduk asal kaum Melayu ini dengan mengatakan yang kaum Melayu juga adalah merupakan pendatang di tanah ini akan tetapi jika diteliti secara jelas bahawa adalah orang Melayu merupakan penduduk asal melalui catatan-catatan sejarah yang telah ditulis. Seperti orang Cina sendiri yang mempunyai pelbagai etnik,begitu juga dengan orang Melayu yang boleh dibahagikan secara umumnya kepada orang Melayu asal dan orang Melayu dagang.

           Kedatangan British terutamanya ke Tanah Melayu telah memulakan polarisasi kaum secara intensif di Tanah Melayu. Orang Cina dari Tanah Besar China telah dibawa masuk oleh British ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong-lombong yang dibuka. Kemasukan orang Cina secara besar-besaran ini pada mulanya tiada menampakkan sebarang kesan kerana dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak pentadbiran British. Orang Melayu hanya berada di sawah-sawah dan segelintir daripada mereka pula akan diberikan jawatan sebagai pegawai am rendah di pejabat pentadbiran. Manakala, orang Cina pula ditugaskan di lombong-lombong dan kawasan bandar. Lama-kelamaan, keadaan ini telah mencorakkan bentuk setiap kaum di Tanah Melayu. Walau duduk bersama di sebuah wilayah yang sama, jurang yang besar wujud di antara orang Melayu dan orang Cina.


            Orang Melayu hanya layaknya berada di berada di bendang-bendang sahaja. Orang Cina pula tidak layak untuk berada di negara ini kerana mereka hanyalah kaum pendatang. Mentaliti inilah yang membelenggu pemikiran orang Melayu dan orang Cina untuk sekalian lamanya. Wujud prasangka yang tidak mampu dibuang dengan hanya bermanis muka.

*

(Bersambung)


No comments: