Followers

Saturday, December 5, 2015

Tiada orang ke?



*

Satu benda yang tak dapat dielakkan apabila usia semakin menginjak dewasa ini oleh orang-orang tua ialah

"Tiada orang ke?"

Maksudnya, tiada kawan perempuan untuk kahwin ke? Lebih kurang begitulah. Mungkin sudah sampai masanya ditanya walaupun tak tahu nak jawab apa. Ada orang yang jodohnya mudah sampai, ada juga yang jodohnya belum diizinkan tiba. Akan tetapi, banyak lagi nikmat yang diberikan Tuhan sebagai ganti.

Sungguh Tuhan itu adil. Kurang yang ini, dilebihkan yang itu. Terpulang kepada manusia sahaja untuk bersyukur dengan apa-apa yang diberikan kepadanya.

Maka jawapan yang diberikan sekadar berbasa-basi

" Takde orang yang nak. Relaks sahaja dulu."

Orang kata, makin dikejar, makin lari dan tak dapat. Jadi biar sahajalah. Banyak lagi benda yang perlu difikir dan dibuat dalam hidup ini. 

Kan?

:)







No comments: